berita

Kecoh Video Viral Remaja Buli Warga Emas, Mangsa Dedah Kisah Sebenar

May 13th, 2019 | by faris
Kini Trending

Viral di laman sosial semalam video sekumpulan remaja lelaki ‘bergurau’ dengan seorang lelaki pertengahan usia. Dalam video tersebut, remaja itu cuba menumbangkan motor dan melontar kepingan kotak ke arah warga emas itu.

Insiden berkenaan mengundang kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengan kebiadapan kumpulan remaja itu terhadap orang lebih tua. Mangsa, Mohd Mudakir Abdul Wahid menceritakan apa yang berlaku.

Ajak solat

Menurut Mohd Mudakir kepada Sinar Harian, dia hanya berniat mengajak remaja berkenaan untuk turut sama bersolat Asar namun tidak diendahkan. Dia kemudiannya sekali lagi mengajak setelah pulang dari solat Asar dan kejadian tersebut berlaku.

Saya hanya mahu menasihat dan mengajak mereka untuk menunaikan solat Asar. Apa pun yang sudah terjadi, saya maafkan sahaja.

Mula-mula saya datang sebelum masuk waktu Asar untuk ajak mereka solat dulu. Tapi tak diendahkan sebelum saya ke surau terlebih dahulu.

Selesai solat Asar saya datang semula dan menegur remaja berkenaan sekali lagi, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Tak lapor polis

Tambahnya lagi, remaja terbabit sudah hadir untuk memohon maaf atas kesalahan mereka dan dia mengambil keputusan memaafkan mereka. Di beranggapan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menegur sebagai saudara seislam.

Semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan saya kemudian memaafkan perbuatan mereka, tiada dendam. Saya anggap tanggungjawab saya untuk menegur remaja berkenaan sebagai seorang Muslim.

Saya rasa berdosa jika saya tak nasihatkan mereka untuk tunaikan tanggungjawab.

Dalam pada itu, Mohd Mudakir juga tidak meneruskan kekecohan dengan membuat laporan polis dan menganggap remaja terbabit hanya bergurau.

Namun, mungkin mereka hanya budak-budak dan saya juga turut mengenali ibu bapa mereka yang juga penduduk kampung sama.

Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis, mereka mungkin berniat untuk bergurau

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×