berita

Kedekut, Ada Ke Bagi Seringgit Je! – Didik Anak Adab Terima Duit Raya Sebelum Ramai Lagi Sentap!

July 12th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanmak

Diam tak diam dah hampir seminggu umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri. Yang paling happy mestilah kanak-kanak sebab dapat collect duit raya. Yang dewasa ini pula tak sabar tunggu hujung bulan, maklum lah banyak dah habis masa raya!

Dulu zaman kita kalau dapat RM1 pun dah kira banyak, tapi zaman sekarang ini sesetengah kanak-kanak tak pandang pun. Bukan itu je, siap complain lagi! Nah, ibu bapa kena mainkan peranan didik anak tentang adab.

Kedekut!

Screen Shot 2016-07-12 at 11.34.29 AM

“Mak Lang kedekut. Ada ke bagi seringgit je!”

Saya terkejut mendengar keluhan itu. Betul-betul di hadapan Mak Lang yang baru sahaja hulurkan sampul duit raya kepada anak buahnya.

“Tak mau seringgit? Bagi balik. Bagi aku balik sampul tu.”

Suara Mak Lang lebih kuat dan pantas. Anak saudara diam. Terus susup sasap keluar rumah.

Ibu bapa kena didik

im

Ibu bapa, tolong didik anak-anak supaya belajar adab. Pesan pada mereka, kalau dapat sampul duit raya, jangan buka depan orang ramai.

Masuk dulu dalam poket atau dalam beg duit. Nanti dalam kereta baru buka, baru boleh tengok dapat berapa ringgit.

Mungkin Mak Lang tak ada duit banyak, Seringgit saja dia mampu bagi. Mungkin juga Mak Long bagi RM10 tapi jangan lonjak-lonjak gembira depan orang, nanti kembang hati Mak Long, jadi riak pulak.

Ada yang terus ambil duit, sampul duit direnyuk dan dicampak ke lantai.
Anak-anak kecil belum tahu adab, maka mak bapalah yang tolong nasihatkan. Bukannya susah.

* Mak Lang ?#?sentap? tau.
Kalau kamu hidup zaman Mak Lang kecil dulu, dah lebam paha kau kena piat.

Sumber : Sri Diah Shaharuddin

SKIP THIS AD ×