Setelah diasak oleh media dan peminat tentang hubungan cintanya, pelakon kacak Nazim Othman akhirnya mengakui telah mengikat tali pertunangan dengan Bella Dally sekitar November tahun lalu.
Walaupun pernah satu ketika menjalani pembedahan kerana ketumbuhan di bahagian otak, Nazim bangkit atas sokongan orang sekeliling lebih-lebih lagi dari tunangnya.
Terbaru, ucapan ‘sweet macam gula kapas’ Nazim terhadap Bella di Instagram menarik perhatian peminatnya!
Kehadiran dia….
Menerusi kapsyen tersebut, Nazim menulis “Kehadiran dia menyelamatkan saya dari menjadi seorang yang saya tidak suka. Saya seorang yang pemarah/panas baran tetapi dia selalu meredakan saya.”
Amboi bukan main ‘sweet’ lagi ucapan Nazim untuk Bella ye. Sudahlah kacak, romantis pula! Patutlah pasangan ini masih berkekalan hingga ke hari ini walaupun pernah berpisah satu ketika.
Hanya dia…
Bukan itu saja, banyak lagi ungkapan romantis Nazim buat Bella di laman Instagramnya.
Pada masa sama peminat tidak henti-henti bertanya tarikh perkahwinan mereka berdua. Nampaknya peminat pula yang tak sabar.
Moga segalanya berjalan dengan lancar dan cepat-cepat kahwin!
Sumber : Nazim Othman