Lokasi percutian seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas mungkin tidak asing lagi dalam kalangan kita. Malahan ada yang sudah berjaya ‘menakluki’ kesemua pulau ini.
Namun pernah tak korang dengar tentang Pulau Tenggol? Macam tak pernah dengar kan? Dekat Malaysia ke? Sebenarnya tak ramai yang dah sampai ke sini dan kalau tanya pun, ramai yang tak tahu.
Jom ushar apa yang best dekat pulau ‘misteri’ ini. Confirm korang nak pergi nanti!
Lebih 25 lokasi menyelam!
Pulau Tenggol merupakan sebuah pulau di luar pantai negeri Terengganu di mana ia adalah antara pulau-pulau cebisan terakhir termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Untuk ke pulau ini mengambil masa lebih kurang 25 minit menaiki bot dari jeti di Dungun, Terengganu. Apa yang menariknya di sekitar pulau ini terdapat lebih 25 lokasi menyelam terbaik.
Korang berpeluang untuk melihat hidupan laut seperti jerung, penyu dan obor-obor dengan lebih dekat serta keunikan jenis batu karang keras dan juga lembut.
Pulau ‘rahsia’
Memangdangkan pulau ini tidak begitu ‘popular’ jika dibandingkan dengan pulau lain, ianya memang sesuai untuk korang yang merancang percutian dengan suasana yang cukup privasi. Macam pulau tu korang yang punya!
Dimaklumkan tempat penginapan di sini tidak banyak dan yang sering menjadi pilihan orang ramai ialah Tenggol Coral Beach Resort.
Resort ini menawarkan dua jenis penginapan iaitu Beach Front Chalet dan Bayview Resort Chalet. Di mana kedua-dua chalet ini mempunyai keistimewaan sendiri dengan harga yang berpatutan.
Mesti syok!
Kalau korang kurang gemar aktiviti laut, boleh je lepak sambil menikmati pemandangan yang cukup menarik dari resort atau pun tepi pantai. Pantai dia berpasir putih dan air pula jernih sangat!
Harga penginapan di sini sedikit mahal jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian namun ianya nyata berbaloi dengan keindahan yang disajikan. Boleh ushar dekat sini.