berita

‘Kejadian Malam Itu..’ – Setelah Setahun, BCL Kongsi Detik Terakhir Bersama Ashraf Sinclair

March 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Setelah genap setahun pemergian arwah suami kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari iaitu Ashraf Sinclair, akhirnya selebriti itu berkongsi detik terakhir sebelum suaminya dijemput Ilahi. Lebih sebak lagi, apabila BCL cuba mengejutkan arwah berkali-kali namun tiada sebarang respon diberikan.

Artikel berkaitan: ‘Bangun, Bantu Saya!’ Sepupu Cerita Perbualan Terakhir Ashraf Sinclair Bersama BCL Sebelum Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: ‘Hey Daddy, Setahun Sudah Kamu Pergi Tinggalkan Kami’ – Bunga & Noah

Artikel berkaitan: ‘Aku Juga Manusia’ – BCL Janji Akan Bangkit Galas Tanggungjawab

Peluk tapi tak bergerak

BCL berkongsi cerita detik kejadian pada malam berkenaan apabila dia berdepan dengan situasi sedih itu melalui sebuah wawancara di YouTube Boy William. Video temubual berdurasi 17:13 minit itu memaparkan BCL kali pertama kongsi pengalaman tersebut secara mainstream buat kali pertamanya.

Saya panggil ‘hey sayang’. Saya cium pipinya, geletek badannya tapi dia masih tak berjaga. Saya peluk tapi tak bergerak. Saya dapat rasakan sesuatu yang pelik. Saya cakap kepadanya ini bukan sesuatu yang lucu.

Awal pagi lagi dia sudah sibuk dengan beberapa mesyuarat. Sebaik pulang dari New York, macam-macam perkara perlu diselesaikan. Saya pula ke program Indonesian Idol.

Letih menjalani ‘cross fit’

Sebelum kejadian, BCL memberitahu mereka saling berbalas pesanan SMS ketika dia keluar ke tempat kerja. Selepas usai menghadiri program Indonesia Idol, dia terlihat arwah berehat di dalam bilik tidur dan mengadu keletihan selepas menjalani senaman ‘cross fit’ pada waktu petang.

Kami masih berhubung melalui mesej seperti biasa pada waktu tengah hari. Sebaik pulang ke rumah lewat malam saya melihat Ashraf berada dalam bilik. Kami kemudian memilih gambar terbaik untuk single duet saya bersama Ariel Noah berjudul Menghapus Jejakmu untuk platform digital.

Selepas membuat pemilihan gambar, Ashraf beritahu dia letih selepas menjalani ‘cross fit’. Jadi, dia minta izin untuk tidur dulu. Dia kemudian tidur dan saya ke bilik mandi. Selepas itu, saya kembali semula ke bilik. Saya kejutkannya, tapi dia tak bangun.

Video wawancara

Tambah BCL lagi, pada malam kejadian dia sedaya upaya mengejutkan arwah suami berkali-kali sebelum anaknya, Noah datang ke bilik tidur tersebut.

Saya cuba gerakkan badannya, tapi dia seperti tidak berdaya. Saya terus kejutkan sebab fikir dia mungkin pengsan saja, tapi saya lihat dia langsung tidak bergerak.

Noah terjaga sebaik saya menjerit memanggil ibu. Noah datang kepada saya dan bertanya apa yang sudah berlaku dan kenapa menangis? Saya beritahu Noah untuk ikut saya sebab bapanya tidak sedarkan diri. Saya beritahu kita perlu ke hospital segera.

Sumber: Boy William

SKIP THIS AD ×