Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengumumkan bahawa dia dan suami, Raja Syahiran bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Berat Hati Tolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Risau Bersalin Awal & Fikir Prosedur Dokumentasi Leceh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Dedah Gadis Pinjam Baju Tak Ada ‘Common Sense’ – ‘Bau Ketiak & Ada Kesan Bocor Darah Kering’
Usia kandungan cecah 7 bulan
Ketika ditemui OhBulan! Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memaklumkan bahawa suaminya tidak berkesempatan untuk menemaninya semasa melakukan pemeriksaan kandungan.
Setiap kali buat pemeriksaan, setiap kali itu dia tak ada..dia mesti akan ke mana-mana. Tapi masa awal-awal tu ada pergi sama-sama tapi waktu itu belum nampak apa-apa lagi.
Pada saya ‘gender reveal’ ini lebih kepada dia sebenarnya, sebab saya dah tahu.
Bagaimanapun, Syahiran terlebih dahulu dapat meneka jantina bayi mereka apabila melihat perwatakan dan juga bentuk badan Uyaina seakan sama seperti kehamilannya yang pertama.
Saya nampak perwatakan dia ketika hamil dahulu dengan sekarang lebih kurang. Saya nampak bentuk badan dia pun macam dia mengandungkan Urhan dahulu. Jadi sebab itu saya rasa anak lelaki juga.
Dalam pada itu, pasangan selebriti ini turut mengucapkan rasa syukur kerana bakal menyambut anak kedua mereka yang dijangkakan lahir pada Mei nanti.
Saya sangat bersyukur. Saya sebagai ibu sebenarnya saya hanya berharap anak saya sihat, sempurna akal dan fikirannya.
Syukur Alhamdulillah, lelaki atau perempuan saya terima seadanya. Mana-mana ibu bapa pun kalau dapat sepasang (anak) mereka mesti akan suka. Macam kami, kami dapat kedua-duanya lelaki pun Alhamdulillah. Mungkin dia boleh jaga adik-adik yang lain, jaga maknya dan neneknya.
InsyaAllah saya juga berharap dapat jadi bapa yang baik untuk anak-anak saya, menjadi seorang pemimpin untuk mendidik mereka.
Duta produk
Sementara itu, Uyaina juga telah dilantik menjadi duta produk BabyAyo sekaligus melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Berries Gummy Kids Vitamin.
Acara yang langsung di Star Boulevard, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan pempengaruh yang rata-rata mengenakan busana serba putih.
Saya rasa tak banyak jenama tempatan di Malaysia menekankan produk kesihatan untuk kanak-kanak. Ini adalah untuk imunisasi anak-anak kita.
Saya beritahu mereka saya mahu lihat terlebih dahulu bahan-bahan produk ini, berapa lama proses R&D (penyelidikan dan pembangunan), kemudian saya ambil tahu tentang keselamatan anak-anak.
Setelah berbincang dengan Syahiran, Alhamdulillah produk ini menepati serta melepasi ekspektasi dan piawaian kami.
Sekitar akhir tahun lalu, Uyaina memaklumkan tentang kehamilannya di media sosial yang telah memasuki trimester kedua pada ketika itu.
Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.