berita

Kekasih Son Ho Young Ditemui Mati Bunuh Diri

May 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Son-Ho-Young-tumblr

Mengejutkan! Teman wanita kepada penyanyi K-Pop, Son Ho Young telah ditemui mati di dalam kereta milik Son Ho Young.

Menurut laporan Balai Polis Gangnam yang dikeluarkan hari ini (22 Mei), sebotol pil tidur yang telah kosong dan sekeping nota telah dijumpai bersama-sama dengan mayat wanita itu.

Teman wanitanya itu dipercayai membunuh diri kerana nota yang ditinggalkan mengandungi maklumat mengenai hutang dan beberapa mesej negatif yang lain.

Dan khabarnya, Son Ho Young telah berada di Balai Polis Gangnam seharian semalam bagi membantu siasatan. Dia juga mengakui tidak tahu mengenai hal ini sehinggalah diberitahu oleh pihak polis.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘My Heart in Heaven’ itu dikatakan telah meminjamkan kereta Kia Carnival miliknya kepada teman wanitanya untuk tujuan belajar memandu.

Laporan media juga turut mendedahkan yang Son Ho Young agak sibuk kebelakangan ini kerana menyiapkan album terbarunya dan perkara itu telah menyebabkan dia dan teman wanitanya bergaduh. Namun dia sendiri tidak menyangka perkara boleh jadi seteruk ini.

200510120007_01

Son Ho Young pernah menganggotai kumpulan G.O.D

Son Ho Young yang kini masih dalam keadaan terkejut terpaksa menangguhkan segala aktiviti kerjanya seperti rancangan radio ‘2 O’Clock Date’ dan sitkom ‘Pure Love’.

Untuk pengetahuan semua, pada 21 Mei iaitu semalam, kereta Son Ho Young dilihat diparking secara haram di Gangnam dan apabila trak penunda sampai untuk menunda kereta itu, mereka ternampak seorang wanita tak bernyawa di dalamnya dan terus menelefon polis.

Satu laporan rasmi yang dbuat sendiri oleh Son Ho Young mendedahkan bahawa dia dan si mati menjalinkan hubungan serius selama setahun dan teman wanitanya itu bukanlah seorang selebriti.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×