Selebriti versatil, Kelly Azman meluahkan rasa berang apabila mendakwa lagu ciptaannya berjudul No No No telah ‘dirompak’ atau diplagiat oleh penyanyi dan pelakon Erry Putra.
Artikel Berkaitan: Terima Mesej Lucah ‘Nak Cium & R*men’ Daripada Lelaki Tidak Dikenali, Kelly Azman Bakal Lantik Peguam Sekiranya Berulang Perkara Sama
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Sediakan Platform Buat Nora Arifin, Nadia Brian & 40 Selebriti Lain Berniaga Di StarVendors Perak Foodstival
Lagu diplagiat?
Ketika dihubungi OhBulan! Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia mengetahui mengenai hal tersebut selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya.
Malah, Kelly mendakwa Erry telah menukar tajuk asal lagu tersebut.
Apabila mendengar lagu nyanyian pelakon itu, saya sangat terkejut kerana melodinya sama dengan lagu saya No No No. Namun, tajuknya telah ditukar kepada Oh No Sayang.
Lebih menyakitkan hati lagi apabila Ery menyatakan itu adalah single baharunya. Sedangkan terang-terang melodi lagu itu sama dengan lagu saya.
Sementara itu, Kelly berkata dia sudah berusaha untuk menghubugi aktor tersebut bagi mendapatkan penjelasan, namun panggilan telefon yang dihubungi tidak berjawab.
Kalau ikutkan saya tidak kisah kalau dia nak buat cover song untuk lagu saya itu. Apa-apapun kita duduk dan berbincang sama-sama.
Cuma apabila dia katakan bahawa lagu itu adalah single baharunya, sudah tentu saya anggap ia adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku.