berita

Terima Mesej Lucah ‘Nak Cium & R*men’ Daripada Lelaki Tidak Dikenali, Kelly Azman Bakal Lantik Peguam Sekiranya Berulang Perkara Sama

September 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kelly Azman

Selebriti versatil, Kelly Azman meluahkan rasa marah apabila seorang individu lelaki tidak dikenali telah menghantar mesej berbaur lucah di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 3 Kali Curang Dengan Bekas Isteri, Satria Mahathir Bangga Pernah Tidur Dengan 28 Wanita

Artikel Berkaitan: Lagi Sebulan Nak Bertanding Pilihan Raya, Video Lucah Ahli Politik Tersebar

Mesej lucah

Kelly Azman

Ketika dihubungi OhBulan!, Kelly menyifatkan tindakan individu terbabit seperti tiada adab dan kurang ajar.

Malah tindakan sedemikan bakal merosakkan imej dan memalukan dirinya yang merupakan seorang public figure.

Dari minggu lepas lagi sebenarnya saya dah perasan DM dari individu tersebut, tapi saya tak kenal pun dia siapa. Sebelum ini ada juga banyak kali terima mesej yang sebegini, namun tidak seteruk kali ini.

Agak tidak beradab bila ada akaun palsu ini wujud untuk buat begini pada saya. Mesej itu juga mengaibkan seksualiti dan nafsu. Ini tidak sihat.

Saya ini public figure, orang kenal, perkara sebegini amat memalukan.

Dalam pada itu, pelantun lagu No No No itu menegaskan dia tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kejadian sama berulang lagi.

Saya suspek ini datang daripada orang di sekeliling saya yang buat akaun palsu dengan niat bergurau, tapi tidak elok untuk fizikal dan mental. Untuk individu tolong berhenti berbuat demikian.

Sekiranya berulang lagi perkara yang sama, saya akan ambil tindakan polis dan melantik peguam.

Terdahulu, Kelly memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan mesej yang diterima daripada seorang inidvidu lelaki yang mengajak dia untuk melakukan hubungan terkutuk.

SKIP THIS AD ×