Selepas hampir 12 tahun, keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman iaitu seorang pelajar tahfiz yang maut di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013, memfailkan saman bagi membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

Artikel Berkaitan: Video Arwah Zara Qairina Kongsi Kebaikan Tinggal Di Asrama Tular, Netizen Luah Rasa Hiba

Artikel Berkaitan: ‘Kubur Arwah Perlu Digali Semula, Saya Mahu Tahu Punca Sebenar Kematian’ – Ibu Zara Qairina

Keluarga mahu kes disiasat semula

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara iaitu Liyana Marzuki yang kini mengetuai pasukan guaman dalam inisiatif Justice for Wan Ahmad Faris memaklumkan, saman sivil telah difailkan oleh keluarga Allahyarham sebagai langkah untuk menuntut keadilan atas kematian yang penuh misteri. 

2013, Faris ditemui mati tergantung, kain pelikat dijadikan tali.

2016, Mahkamah Koroner putuskan: kematian akibat perbuatan orang tidak dikenali.

2025 , Keluarga tunggu hampir 9 tahun untuk terima keputusan bertulis secara rasmi. Akhirnya diterima pada Januari tahun ini.

Lebih menyedihkan, Liyana mendakwa tiada tindakan susulan diambil walaupun wujud laporan tentang buli dan ugutan terhadap Allahyarham semasa hayatnya di sekolah tersebut.

Kematian Allahyarham disifatkan sebagai kes bunuh diri, malah dikaitkan dengan unsur mistik seperti dirasuk jin. 

Dua minggu selepas pembunuhan, tapak kejadian dirobohkan oleh pihak tahfiz di bawah Yayasan Kelantan. 

Tiada siasatan forensik. Tiada pemeliharaan bukti. Sebaliknya disebar cerita hantu dan jin. Untuk menakutkan, seolah-olah menutup kebenaran.

Lebih menyayat hati, jasad Faris hanya ditemui 4 hari selepas dia meninggal. Di asrama. Di sekolah yang sepatutnya melindunginya.

Difahamkan, saman sivil yang difailkan menamakan Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, dan Pegawai Penyiasat kes sebagai defendan.

Antara tuntutan utama keluarga termasuklah pengisytiharan salah laku, pampasan sewajarnya, dan akauntabiliti institusi atas kecuaian siasatan, kegagalan menyiasat secara telus dan menjaga kebajikan pelajar.

Hantaran di Facebook

Sumber: Facebook Liyana Marzuki