berita

Keluarga Shila Amzah ‘Serang’ Blogger Popular

March 6th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

 

last

Khabar angin yang mengatakan penyanyi wanita, Shila Amzah digam oleh pihak televisyen di China mula berlegar di forum Cari. Dakwaan itu bagaimanapun pantas disangkal bapa ND Lala.

Namun apa yang menarik perhatian kami ialah tindakan seorang blogger popular yang di ‘serang’ oleh keluarga Shila Amzah selepas didakwa mahu memanipulasi keadaan.

Kerap Sedia ‘Gelanggang’ Orang Bergaduh


Semuanya bermula apabila blogger tersebut memuatnaik link artikelnya di Facebook dengan kapsyen yang disifatkan sebagai kurang ajar oleh ND Lala.

Tambah ND Lala lagi, blogger tersebut sengaja mencipta tajuk dan kapsyen yang boleh menimbulkan perbahasan dalam kalangan pengguna laman sosial.

Ibu & Adik Pertahan Shila

Screen Shot 2015-03-05 at 11.04.54 PM

Berang dengan tindakan blogger tersebut, ibu dan adik kepada Shila Amzah turut berkongsi apa yang dimuatnaik oleh ND Lala sambil meluahkan rasa kesal terhadap apa yang dilakukan oleh blogger terbabit.

Screen Shot 2015-03-05 at 11.22.36 PM

Dalam hal ini rasanya tindakan keluarga Shila Amzah wajar bagi memperbetulkan kembali keadaan. Iyalah mungkin kalau kena dekat keluarga kita sendiri, habis semua di maki hamun.

Writer Lain Tulis?

Screen Shot 2015-03-05 at 11.27.41 PM

Blogger yang menggelarkan dirinya Nara bagaimanapun telah memohon maaf atas kesalahan tersebut dan mendakwa kapsyen itu ditulis oleh penulis lain tanpa pengawasan dirinya. Haruslah ramai penulis kan.

Hasil pemerhatian kami, artikel dan kapsyen tersebut telah pun dipadam hilang buat selama-lamanya.

SKIP THIS AD ×