berita

Kematian Empat Sekeluarga Dipercayai Kebuluran Cetus Misteri – ‘Mereka Bukan Golongan Keluarga Susah’

November 14th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Di Jakarta, empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan tubuh sudah mengering akibat kebuluran di sebuah rumah pada Khamis lalu. Kes dipercayai melibatkan seorang bapa, ibu, anak dan bapa saudara.

Artikel Berkaitan: Penuh Kesan Lebam, Berat Cuma 18kg Ketika Ditemui, Ini Kronologi Pembunuhan Siti Hajar 

Mayat mengering

Menerusi Ketua Polis Jakarta Barat AKP Taufik Ikhsan, empat sekeluarga itu meninggal dunia dalam tempoh yang berlainan sejak tiga minggu lalu. Kes dipercayai mereka (mayat) tidak makan dan tidak minum.

Berdasarkan pemeriksaan forensik, perut keempat-empat mayat berada dalam keadaan kosong, tiada makanan dan kekurangan air. Oleh kerana itu, otot mereka mengering dan menjadi kecil.

Kes ini dipercayai kurang nutrisi, makanan.

Misteri kebuluran

Laporan Detik News menyatakan kes ini menjadi misteri apabila adik kepada mangsa, Ris, mempersoalkan kematian mereka akibat kebuluran. Tambah adik mangsa, keluarga itu tidak termasuk dalam kategori keluarga susah.

Pelik, saya juga tertanya-tanya. Kalau memang dia (mangsa) tiada makanan, dia boleh menghubungi saya. Lagipun mereka tidak mengeluh dengan ekonomi keluarga mereka, kerana mereka dari keluarga yang ‘standard’.

Tambah Ris, mangsa sering memberi bantuan dari segi makanan dan pakaian.

Susulan daripada itu, Ris menyatakan dia tidak mengetahui jika mangsa mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan sehingga menganggu kewangan untuk membeli makanan kerana tidak berhubung sejak kebelakangan ini.

Datuk Bandar Jakarta Barat, Yani Wahyu Purwoko, meminta umum untuk tidak membuat tanggapan sendiri atas punca kematian empat sekeluarga ini.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×