berita

Kematian Makin Meningkat, Semua Perniagaan Ditutup. Ini Situasi Terkini Di Wuhan Akibat Koronavirus

January 24th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Wabak koronavirus yang merebak di negara China itu menjadi semakin serius menyebabkan angka kematian juga meningkat dari 7 hingga 18 orang. Susulan daripada peningkatan bilangan kematian itu, beberapa buah negara turut mengambil langkah pencegahan dengan mengetatkan kawalan di semua lapangan terbang antarabangsa.

Beberapa video viral di media sosial turut memaparkan situasi sebenar di negara China yang turut dikawal ketat. Jika anda perasan, sekitar bandar Wuhan juga kelihatan tiada orang selepas dikuarantin

Wuhan seperti bandar berhantu

Bandar Wuhan yang dahulunya meriah dan ramai orang keluar untuk menjalankan aktiviti harian kini sudah bertukar menjadi ‘bandar berhantu’ selepas dikuarantinkan. Kawasan ini menjadi sunyi sepi dan rata-rata kedai juga ditutup.

Pekerja juga ditutup dengan plastik

Rakaman video ini menyaksikan ramai pekerja di pejabat terpaksa berkerja ditutupi plastik bagi membendung virus itu menjangkiti mereka.

Hospital dibanjiri pesakit

Keadaan di hospital di daerah Wuhan itu turut dibanjiri pesakit yang rata-rata antara mereka disyaki telah menjangkiti koronavirus. Keadaan di hospital turut menjadi panik ditambah pula dengan kesesakan ramai pesakit di sana.

20 juta penduduk dikuarantin

Kira-kira 20 juta penduduk di Wuhan telah dikuarantinkan oleh kerajaan di negara itu. Malah, pihak berkuasa turut menyekat penduduk di sana untuk keluar dari daerah itu dikhuatiri berkemungkinan besar koronavirus merebak ke daerah lain.

Jika anda dapat saksikan rakaman ini, rata-rata penduduk di negara itu seakan ‘mati bagaikan lalat’ dan rebah di mana sahaja tidak mengira tempat dan masa.

Bagi anda yang bercadang keluar negara, disarankan untuk berhati-hati dan ambil langkah pencegahan awal dengan memakai topeng muka bagi mengelakkan diri tidak dijangkiti koronavirus ini.

Sumber: Daily Mail, Twitter

SKIP THIS AD ×