Bukan saja berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Neelofa juga merupakan satu nama besar dalam industri Malaysia sebagai seorang artis yang versatil dan popular dalam kalangan peminat.
Terbaru, dia kembali buat kali ketiga berkolaborasi bersama jenama tempatan popular, Sometime by Asian Designers bagi koleksi terbarunya iaitu Lofarclucth. Kolaborasi ini merupakan antara perkara yang paling ditunggu peminat setia jenama terkenal ini dan juga Neelofa sendiri selepas kejayaan koleksi Lofarbag dan Lofarbag 2.
Sometime inspired by Neelofa
“Pengalaman saya mengembara hampir keseluruh dunia memberikan saya perspektif segar, terutama dalam bergaya secara sederhana”- Neelofa
Menampilkan elemen klasik pada rekaan klacnya, Sometime yang diinspirasikan daripada Neelofa menjadi antara koleksi mewah yang mencerminkan Neelofa sebagai seorang fashionista dan ikon fesyen.
Tambah Neelofa, dia gembira dapat menterjemahkan fikiran dan ideanya kepada produk yang berkualiti dan dapat dikongsi dengan semua orang yang cintakan fesyen dan gaya. Di mana kali ini, ideanya diabadikan kepada Lofarclucth.
Pasukan Sometime by Asian Designers mengambil masa lebih daripada setahun bagi menyempurnakan rekaan Lofarclucth dengan perkakasan magnet emas bagi mengekalkan gaya eksklusif buat si pemakai.
Kualiti premium dengan seni pertukangan yang hebat
Kelebihan Lofarclutch semestinya terletak pada kualiti bahannya, reka bentuk yang diilhamkan Neelofa ini mengabungkan dua gaya antara bahan berkualiti premium dan juga seni pertukangan sebagai sentuhan kepada perincian Lofarclutch.
Ciri istimewa turut ditampilkan pada Lofarclucth, dengan tali yang boleh laras untuk disesuaikan dengan si pemakai. Ciri unik ini ternyata tampak eksklusif kerana menambahkan twist yang tak dijangka pada beg klac klasik, Lofarclucth.
Gabungan kesederhaan & fesyen
Neelofa mempunyai idea yang hebat dan segar dan yang memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta sesuatu yang istimewa yang mencerminkan gayanya – Sometime’s Head of Product, Nicole W.
Berkolaborasi buat kali ketiga buka satu peluang yang mudah. Namun menurut Nicole, Neelofa seorang yang bijak dan berani menggabungkan kesederhaan dan cita rasa fesyennya yang tinggi yang membuatkan jenama itu yakin untuk terus berkolaborasi dengannya.
Tampil sederhana dengan gaya eksklusif bersama Lofarclutch
Sudah berada di pasaran sejak 5 Mac yang lalu, Lofarclutch terdiri daripada 8 warna memukau seperti hitam, navy, eggshell, olive, baby blue, fawn, maroon dan puce yang pastinya boleh disesuaikan mengikut gaya dan keselesaan si pemakai.
Lofarclutch dijual pada harga RM259 setiap satu dan korang boleh memperibadikan klac ini dengan meletakkan nama hanya dengan tambahan RM29. Untuk maklumat lanjut tentang Lofarclutch, korang boleh terus ke laman web Sometime by Asian Designers sekarang!