berita

Kemenangan Bekas MB Negeri Sembilan Di DUN Rantau Tidak Sah & Dibatalkan

November 16th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menang tanpa bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK akan diadakan semula

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Dr Streram memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Terbaru, Mahkamah Tinggi Seremban hari ini memutuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau pada PRU14 lalu batal dan tidak sah, sekali gus satu PRK bakal diadakan serta merta dalam masa terdekat.

Mohamad Hasan sebelum ini menafikan tuduhan BN mempunyai kaitan dengan kegagalan Dr Streram menyerahkan borang pencalonan, sebaliknya menegaskan proses itu dikendalikan sepenuhnya oleh SPR tanpa pembabitan pihak luar.

Sumber: Utusan

SKIP THIS AD ×