berita

Kemenangan Yang Tidak Dijangka, Pemenang AJL35 Titip Ucapan Buat Peminat ‘Benda Ini Gila!’

March 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) melabuhkan tirai dengan jayanya memperlihatkan 12 buat lagu telah dipertandingkan  dan lagu Gila ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong dinobatkan sebagai Juara bagi edisi kali ini.

Artikel berkaitan: ‘Gila’ Juara Anugerah Lagu 35

Di Instagram, kesemua pemenang bagi setiap kategori menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan persembahan masing-masing.

‘Siapa beli’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HH (@haelhusaini)

Penyanyi Hael Husaini memuat naik sebuah video di laman Instagram memaparkan sebuah trofi kemenangan yang diterimanya kepada anak angkat. Hael Husaini telah berjaya merangkul kemenangan menerusi lagu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Dato Jamal Abdillah. Lagu ini telah mendapat tempat ketiga dengan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hael dan Ezra Kong.

‘Terima kasih semua’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

Sementara itu, Zizi Kirana juga memuat naik status ucapan kepada pasukannya yang menjayakan persembahan lagu EH! dengan berkonsepkan Jawa. Dia turut berterima kasih kepada keluarganya yang berada di Sabah dan Indonesia. Zizi Kirana telah memenangi bagi kategori Persembahan Terbaik AJL35.

‘I can’t believe’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Bagi pemenang Naib Juara AJL35 pula, Aina Abdul tidak sangka akan memenangi dan membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM 35,000. Aina turut berterima kasih kepada semua pasukan ‘Sumpah’ yang telah menjadi tulang belakang bagi persembahan tersebut.

‘Semua ini sangat mustahil’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Nyanyian duet Wany Hasrita bersama Dato Jamal Abdillah telah berjaya merangkul tempat ketiga menerusi lagu Belenggu Rindu. Wany menerusi laman Instagram meluahkan rasa syukur dan tidak menyangkakan kemenangan yang dikecapi pada malam berprestij itu.

‘Malam yang tidak saya jangkakan’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Seperti yang dijangkakan ramai, penyanyi Ernie Zakri akan memenangi bagi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Gundah. Setiap persembahan dari Ernie tidak pernah menghampakan peminat. Penyanyi itu telah berjaya memenangi Vokal Terbaik pada AJL33 bersama Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

Ernie turut berkongsikan pemilihan busana yang dipakainya pada malam tadi dengan bertemakan kebaya. Konsep persembahan dan pemilihan pakaian juga didedikasikan khas buat arwah nenek tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi.

‘Kita juara’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Pemenang bagi AJL35 iaitu Kaka Azraff bersama Loca B dan Noki dinobatkan sebagai Juara menerusi lagu Gila ciptaan bersama Noki, Loca B dan Ezra Kong. Kaka meluahkan rasa syukur di atas kemenangan mereka bersama dan dia tidak sangkakan akan kejayaan Gila pada malam tersebut.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×