Bergelar seorang ibu dan dalam masa sama perlu bekerja bukan satu tanggungjawab yang mudah. Itu juga yang dirasai oleh pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam satu tempoh masa yang lama.
Artikel Berkaitan: Patuh Cakap Suami, Ellie Suriaty Mengaku Dah Lengkap Dua Dos Vaksin – ‘Saya Hormat Dia’
Artikel Berkaitan: Tak Stres Ditanya Soal Tambah Anak, Farid Kamil Serah Pada Diana Danielle – ‘Sebab Bukan Saya Yang Mengandung’
Artikel Berkaitan: Maya Karin Tak Berhenti Menyanyi, Takut Kena Anxiety Masa ‘Live’ Atas Pentas
Dah lama tak ‘outstation’ seorang diri
Ketika ditemui OhBulan!, Scha akui berat hati untuk melepaskan tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada suami tercinta, pengacara dan aktor Awal Ashaari.
Menurut Scha, 39, dia terpaksa meninggalkan Lara Alana, 8, dan Lyla Amina yang baru berusia 11 bulan selama 45 hari demi penggambaran filem Telaga Suriram.
Berat rasa hati.. tidak dinafikan hati saya sangat berat nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil. Kadang-kadang terfikir, betul ke apa saya buat ini.
Watak itu dah berat, tambah pula lokasi penggambaran jauh dari KL dan lama. Jarang saya buat benda ini. Bagi saya, ia satu pengorbanan.
Awal sangat memahami
Tambah pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, dia mendapat pelepasan daripada Awal namun jauh di sudut hati tetap menangis mengenangkan anak-anak yang masih kecil.
Ujarnya lagi, dia terpaksa menyediakan ‘check list’ bagi memudahkan urusan semasa ketiadaannya biarpun ada pembantu peribadi keluarga iaitu Joy.
Saya dah cakap dekat Awal dan dia sangat memahami sehingga saya menangis. Sebab dah lama tak buat, jadi rasa lain. Awal ada juga rasa bimbang nak uruskan anak.
Sebab bab urusan anak nak ke sekolah memang saya yang sediakan. Awal tak tahu sistem sekolah tapi saya beritahu la dia macam mana nak buat.
Scha ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu Telaga Suriram yang bertempat di Restoran Majapahit, Mont Kiara, pada petang Selasa.
Selain Scha, filem tersebut turut dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Nabila Huda.
Sumber: Instagram @schaalyahya