Bagi siapa-siapa yang membesar pada tahun 90an, pasti korang pernah membeli jajan legend ini. Setiap kali balik dari sekolah mesti duit belanja akan dihabiskan dengan membeli jajan betul tak?
Aku ada 20 sen ni…..Jom balik sekolah ni kita beli jajan nak tak?
Haaa…Siapa yang macam ni kecil-kecil dulu? Pantang ada duit lebih sikit mesti nak beli jajan kan.
Hari ini min nak kongsikan kenangan terindah min bersama Mamee Monster. Confirm korang tahu punya lah!
Sumber kegembiraan kanak-kanak 90-an!
Mamee Monster merupakan salah satu jajan yang sangat popular satu masa dahulu terutama mereka yang lahir seawal tahun 90-an dan lewat 80-an.
Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia pernah merasai makanan ringan ini yang hadir dalam pek kecil dengan berharga 40sen ketika ianya mula dijual. Murah kan!
Memang happy lah masa itu lagi-lagi kalau dapat beli jajan dari Mamee Monster. Fuhh memang syok!
Jom kita mengimbau kenangan Mamee Monster dulu. Mesti korang dah excited kan?
1. Kumpul Hadiah Dalam Pack Mamee Monster!
Korang ingat lagi tak hadiah-hadiah ni? Haaa…Ini lah sebab kenapa min cakap Mamee Monster memang jajan legend dari dulu sampai lah sekarang.
Puzzle 3D ni pun merupakan hadiah favourite min dulu, siap kumpul buat collection lagi tau. Bukan setakat tu je, sticker yang mampu berubah imej bila di condongkan ke arah yang lain ni pun sebenarnya menarik.
Setiap kali beli min memang excited nak tau hadiah apa yang min dapat. Kadang-kadang tu belagak lah sikit kat kawan-kawan kalau min dapat hadiah yang lagi power dari dia.
2. Renyuk, Goncang, Makan!
Bagi tau min siapa yang tak pernah dengar lagi Mamee Monster ni? Min dulu sambil makan Mamee Monster siap bernyanyi tau.
Kalau korang nak tahu lah lagu ni pernah famous satu ketika dulu tau. Percaya lah kalau korang bukak lagu ni kat kawan-kawan korang yang lahir tahun 90-an mesti diaorg tersenyum.
Renyuk, goncang, makan,Renyuk, goncang, makan,Mesti renyuk, renyuk,Goncang-goncang dan makan!
3. Jajan Wajib Ada Di Semua Majlis!
Setiap kali ada majlis apa-apa kan dulu confirm korang akan jumpa Mamee Monster.
Boleh dikatakan jajan paling wajib ada lah. Kalau tak pun orang akan jadikan sebagai goodie bag untuk sesetengah majlis mereka. Mudah, jimat dan yang paling penting sedap!
Macam-macam perisa ada dulu dan yang min tak dapat lupakan ialah perisa karipap. Kini mereka ada keluarkan flavor black pepper yang baru, dulu tak ada flavor ni tau.
Jangan lupa try tau. Nyum!
4. Mamee Monster Goreng!
Korang percaya tak yang dulu min pernah buat Mamee Monster goreng? Betul min pernah buat dan rasa dia not bad lah juga rasa macam kita makan Mamee Chef tu.
Tipu lah kalau korang tak pernah try kot! Mudah je cara masak dia, rebus macam biasa, tapis Mamee dan gaulkan dengan perencah yang disediakan.
5. Snack Dalam Kereta!
Kalau balik kampung atau pergi bercuti dengan keluarga, ayah min mesti akan beli Mamee Monster yang saiz besar untuk dimakan dalam kereta supaya kami adik beradik tak bising cakap lapar sepanjang perjalanan. Maklumlah benda murah dan sedap !
Satu kebaikan Mamee Monster ni, dia boleh dimakan oleh setiap peringkat umur sehingga kini. Mantap!
Pssttt…Sampai sekarang tau min akan beli Mamee Monster yang besar buat standby dalam kereta takut lapar punya pasal, maklumlah jalan asyik jem je sekarang ni jadi kita kunyah-kunyah dulu.
Rasa dah tua pun ada juga kan. Hahaha!
Walaupun ianya digelar monster, tapi sedikit pun tak membuatkan kanak-kanak berasa takut dengannya.
Percaya atau tidak snack ini juga menjadi makanan favourite orang dewasa dan kanak-kanak sampai sekarang tau!
Terima kasih Datuk Pang Chin Hin untuk memori yang terindah!
Kita patut ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Pang Chin Hin yang memberi kita peluang mencipta memori dengan produk-produk beliau.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pengedar kereta terpakai sebelum memutuskan untuk membuka kilang kecil di Melaka untuk mengeluarkan mi segera pada tahun 1971 dan berjaya mengeluarkan produk pertama yang dikenali sebagai Lucky Instant Noodle.
Mereka mula menghasilkan mi segera selepas mendapat ilham dari cara penoreh getah makan je tau. Hebat kan!
Syarikat itu kemudiannya dijenamakan semula sebagai Mamee-Double Decker pada tahun 1992 dan menghasilkan lebih daripada 50 makanan ringan seperti Corntoz and Mister Potato yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.
Legasinya terus berkembang maju sehingga hari ini. Tak percaya? Try korang tanya siapa-siapa tentang produk keluaran mereka confirm ramai yang tahu terutama jajan Mamee Monster yang meninggalkan kesan yang mendalam sehingga hari ini.
Kami nak reka bentuk packaging yang OG!
Mamee Monster family pek kini kembali dengan OG pek retro. Ini yang kita mahukan! Ingat ya limited time sahaja je tau. Siapa cepat dia dapat!
Ia mengembalikan design pek Mamee Monster edisi pertama dahulu. Wow! Bila trobek zaman nostalgia dengan Mamee Monster, mesti banyak memori yang kita teringat kan?
Wehhh, jom kita sama-sama kumpul sticker Mamee Monster nak tak?
Mamee Monster akan keluarkan 12 corak sticker yang exclusive dengan setiap pembelian pek Mamee Monster Retro. Sambil-sambil tu, bolehlah korang kumpul untuk mengimbau kembali memori kita dulu-dulu. Menarik ni!
Jom kita join peraduan Mamee Monster’s World Of Nowstalgia yang berlangsung dari 2 Mac 2023 hingga 29 Mac 2023 dan berpeluang untuk menang pelbagai hadiah yang menarik.
Macam mana nak join?
Caranya mudah saja apa yang korang kena lakukan ialah :
Langkah 1 : Beli Pek Mamee Monster Pek Keluarga Retro Edisi Terhad.
Langkah 2 : Muat naik gambar bersama pek Mamee Monster berserta caption yang mengimbau kenangan korang bersama Mamee Monster.
Langkah 3 : Tag #iammameemonster dan #MameeMonsterWorldofNowstalgia di laman Instagram.
Langkah 4 : Peminat akan diumumkan mengikut minggu yang ditetapkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan ini korang boleh klik sini tau.
Antara hadiah yang korang bakal menangi ialah :
- Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM200
- T-shirt X 1
- Tote Bag Mamee Monster X 1
Jangan cakap min tak bagi tahu ya! Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak dapatkan produk Mamee Monster ni kan?
Mudah jer korang boleh beli secara online di Shopee dan Lazada tau. Klik klik je!
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Mamee Monster atau laman facebook dan Instagram mereka.