Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menyelar kenyataan dibuat suaminya berhubung kehadiran pelakon cantik, Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Takut Dengan Penyondol Tapi Takut Dengan Suami Sendiri’ – Netizen Dakwa Bella Astillah Ada ‘Trust Issue’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Lah Nama Tiada Dalam Guest List’ – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Pulang Selepas Persembahan Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Fokus, Kehadiran Sophia Albarakbah Tidak ‘Cacatkan’ Persembahan – ‘Pusing Pusing Jumpa Orang Sama’
‘Jaga hati isteri jauh lebih penting..’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, turut mendakwa kenyataan Aliff seakan-akan mahu menjaga hati pihak sebelah sana dan bukan menjaga perasaannya sebagai isteri.
Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting.
Menerusi temu bual tersebut, Aliff memberitahu dia sememangnya menyedari kehadiran Sophia namun dalam masa yang sama Aliff akui, dia bukanlah individu yang layak untuk menentukan siapa penonton yang berhak hadir ke sana atau tidak. Sebaliknya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai peserta porgram sahaja.
Semua orang boleh datang ke GV, sebab ini pentas besar. Bukan posisi saya untuk menentukan siapa datang dan sebagainya. Dia datang untuk menyokong sepupunya, Aisyah Retno.
Jelas Aliff lagi, dia sehingga kini masih belum berhubung dengan Sophia.
Sumber: Instagram Bella Astillah