Sebelum ini, kecoh di laman Twitter apabila seorang selebriti media sosial Vietnam iaitu Jade Anh luah rasa terkilan apabila terdapat babaknya dalam MV lagu Rampas nyanyian Akim dipotong. Tambahnya, babak berkenaan dipotong kerana didakwa isteri kepada penyanyi itu, Stacy berasa cemburu.
Artikel berkaitan: ‘Kau Siapa?’ – Dakwa Babak MV Dipotong Sebab Stacy Cemburu, Akim Ahmad Sekolahkan Influencer Vietnam
Terbaru, Stacy menerusi laporan Kosmo mengakui dia tidak berasa marah dengan Jade Anh tetapi influncer itu perlu mengetahui budaya di Malaysia.
Saya kecewa
Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Stacy tampil menjawab dakwaan mengenai isu cemburu aksi influencer Vietnam bersama penyanyi Rampas itu. Sebelum ini juga, Akim telah menjelaskan di laman Twitter ditujukan kepada pihak produksi yang didakwa berdegil untuk meneruskan konsep ala Hollywood bagi lagu tersebut.
Apabila model sudah dipilih, baru mereka maklumkan mengenai jalan cerita video muzik tersebut. Bukan tak mahu salahkan suami, cuma dia pun masih berserabut selepas melalui hari yang sukar kerana ibunya baru meninggal dunia ketika itu.
Dalam hal ini, saya kecewa dengan orang sekeliling yang sepatutnya menjaga dia dan pihak produksi muzik video itu juga. Produksi itu orang Malaysia, kenapa hendak rakam video ala barat.
Mereka tidak hormat seni muzik
Tambah Stacy lagi, sebelum ini dia tidak tahu mengetahui isu cemburu yang diperkatakan influencer Vietnam itu di laman Twitter. Stacy turut berharap pihak produksi dapat menghormati mesej sesebuah lagu sekiranya ingin menghasilkan video muzik bukannya berkarya mengikut nafsu sehingga mesej hilang.
Mereka tidak hormat dengan seni muzik dan tiada etika semasa bekerja. Saya juga penyanyi dan menggunakan khidmat model dalam video muzik, mesti saya faham.
Sumber: Kosmo