Sebelum ini, pelakon, Hafidz Roshdi dilihat memuat naik foto bersama isteri tercinta, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram. Menerusi gambar tersebut, Hafidz kelihatan memeluk erat isterinya ketika mereka berada di sebuah pusat membeli belah.
Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Tak Tahu Malu’ – Isteri Hafidz Roshdi Dedah Orang Ketiga Datang Rumah?
Artikel Berkaitan: Pelakon Berimej ‘Alim’ Kantoi Curang, Isteri Jumpa Mesej Lucah Di Telefon
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Peluk Dengan Isteri, Hafidz Roshdi Terkena Fitnah?
Terbaru, Hafidz dipercayai memadam semula foto bersama isterinya. Tindakan tersebut berjaya mencuri perhatian netizen lebih-lebih lagi timbul dakwaan di mana dia sedang curang di belakang isteri.
Kenapa padam?
Menurut netizen, mereka tertanya-tanya kenapa pelakon tersebut bertindak memadam foto isterinya di media sosial. Tambah netizen, mereka berharap Hafidz dapat mempertahankan rumah tangganya dengan Shuhada demi anak-anak. Ujar netizen, mereka boleh menilai sendiri apa yang sudah berlaku.
Harap kau jaga lah hati isteri dan anak-anak baik. Buang masa tu semua, apa yang ada depan mata hargai sebelum semuanya musnah, kerjaya pun hancur nanti. Netizen sekarang dah pandai bijak siapa je artis yang buat hal dia orang boikot tau.
Terbaru, Shuhada dipercayai tampil memuat naik kenyataan di Instagram Story mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Ujar Shuhada, wanita berkenaan tergamak merampas seorang bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka.
Pada masa yang sama, Shuhada memberitahu wanita berkenaan sanggup datang ke rumahnya tanpa ada perasaan malu. Sebagai isteri, Shuhada mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya menderita.
Sumber: Hafidz Roshdi