Akhir-akhir ini hangat diperkatakan isu pelakon senior Halimatussa’diah Mohd Daud atau lebih mesra disapa Mak Wan yang dikatakan mengamalkan amalan syirik seperti yang didakwa bekas pembantunya suebelum ini. Terbaharu, pelakon Didie Alias tampil membuka mulut yang dia sering berhubung dengan Mak Wan sejak isu itu melanda.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Serang Sebab Dia Ludah’ – Bekas Pembantu Peribadi Mengaku Pernah Pukul Mak Wan Latah
Artikel Berkaitan: Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Sebenar, Mak Wan Latah Anggap Fitnah Akhir Zaman – ‘Otak Dia Tak Betul.. Biarkan’
Artikel Berkaitan: Dipukul, Ditendang, Ditumbuk & Diugut Bunuh, Mak Wan Latah Buat Laporan Polis – ‘Dah Lama Saya Diamkan’
Pesan pedulikan cakap orang
Foto: ladydidiemsia
Didie memberitahu yang Mak Wan kini berada dalam keadaan baik. Didie juga turut menasihati dramatis senior itu supaya tidak melayan cemuhan netizen dan cakap-cakap orang ramai.
Sejak isu itu bertebaran, setiap hari saya bercakap dengan dia. Saya pesan, pedulikan cakap orang, jangan jawab sangat telefon dan berdoa pada Allah. Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan lindungi.
Dia pun dah buat laporan polis dan saya nasihatkan biar pihak berkuasa yang bantu selesaikan perkara ini. Masa tu duit dia tinggal RM15, dia kekurangan wang nak beli ubat…sebab dia ada asma.
Anggap Mak Wan macam ibu
Didie juga memberitahu Amell iaitu bekas pembantu Mak Wan pernah menghubunginya untuk berjumpa namun belum berkesempatan.
Kenapa perlu aibkan dia (Mak Wan)? Sedangkan kamu boleh selesaikan benda ni di luar. Saya kenal Mak Wan, kalau tak puas hati kamu datang jumpa saya. Ini bukan amaran, tapi saya sudah anggap Mak Wan macam ibu. Saya respect dia.
Kemudian, saya ada dengar pula yang dia (bekas pembantu peribadi Mak Wan) ada buat live dan seakan-akan mencabar saya. Jangan panaskan keadaan, saya tiada untung pun nak jumpa dia. Husband nasihat jangan campur tangan, tetapi, saya hanya nak tahu keadaan dan cerita sebenar daripada Mak Wan.
Beberapa minggu lalu, tular isu yang mendedahkan beberapa video tentang Mak Wan di aplikasi TikTok yang dimuat naik sendiri oleh bekas pembantu Mak Wan yang mendakwa dramatis senior itu merupakan seorang yang panas baran selain mengamalkan perkara syirik.
Isu ini turut mendapat perhatian pelakon Didie Alias yang menjelasakan video tular menunjukkan Mak Wan mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu babak dalam sebuah drama.
Sumber: Gempak