berita

‘Keno Igak Doh….’

January 10th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral video sekumpulan remaja membuli seorang pelajar sekolah agama yang dipercayai berlaku di Machang, Kelantan. Kelihatan mangsa yang masih berpakaian sekolah ditahan pembuli dan wang bernilai RM5 diambil selain melemparkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, sekumpulan pembuli itu telahpun ditangkap pihak polis. Mangsa turut disepak dan ditampar sebelum diambil wang tersebut.

Buli pelajar agama

https://www.youtube.com/watch?v=H0DqJkKjfZ8&feature=emb_title

Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan netizen yang mendesak agar pihak berkuasa menyiasat dan ambil tindakan. Mangsa yang berusia 14 tahun itu juga membuat laporan polis.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada sekitar jam 2 petang pada 21 November tahun lalu di lorong kawasan perumahan Jaza, belakang Sekolah Agama Maahad Syamsul Maarif (L) Jalan Joh, Machang.

Positif dadah

Mangsa turut memaklumkan sebelum disepak si pembuli, suspek juga menyepak rakan yang memanggilnya ke lokasi kejadian. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Mangsa berusia 14 tahun itu datang membuat laporan polis hari ini selepas video kejadian ditularkan sejak semalam. Remaja itu mendakwa pada hari kejadian, dia dipanggil rakannya ke lokasi di belakang sekolah sebelum pelaku yang juga rakan dikenalinya meminta wang daripadanya dan mangsa memberi RM5, tetapi tidak mencukupi sebelum ditendang pelaku.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×