berita

Kerajaan Indonesia Beri Penghargaan & Kenaikan Pangkat Buat Kru KRI Nanggala-402

April 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, kesemua 53 orang kru KRI Nanggala-402 telah disahkan meninggal dunia selepas kapal selam dinaiki mereka ditemui pecah di dasar laut pada kedalaman lebih 800 meter.

Artikel berkaitan: Setelah 72 Jam Misi Pencarian, Pasukan Tentera Temui 6 Serpihan Kapal KRI Nanggala-402

Artikel berkaitan: ‘Cepat Pulang Sayang’ – Baru Kahwin 2 Bulan, Isteri Krew Kapal Selam Hilang Harap Suami Selamat

Susulan daripada itu, kerajaan Indonesia akan memberikan penghargaan dan kenaikan pangkat kepada kesemua 53 kru tersebut.

Penghargaan buat mangsa

Menurut Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto, penghargaan dan kenaikan pangkat ini akan diajukan secara berperingkat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Kita akan berikan penghargaan kepada perajurit yang terkorban dan ia akan disampaikan kepada Presiden secara berperingkat. Penghargaan yang diberikan berupa kenaikan pangkat.

Ujar Hadi, penghargaan itu akan diproses dalam kadar segera dan ianya merupakan penghargaan buat kesemua mereka yang telah terkorban.

Beberapa serpihan ditemui

Atas nama seluruh perajurit dan keluarga besar TNI, selaku Panglima TNI, saya sampaikan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga anggota yang gugur.

Di samping itu, Hadi turut memaklumkan bahawa aset dari Singapura, MV Swift Rescue telah menurunkan ROV dan melakukan carian di dasar laut secara visual menggunakan kamera. Secara tak langsung, mereka mengesahkan bahawa beberapa serpihan yang ditemui adalah dari KRI Nanggala-402.

Sumber: Tribun News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×