berita

Kerajaan Lanjut Tempoh Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 31 Disember

August 4th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Mengambil kira penularan wabak COVID-19, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini bersetuju menangguhkan semua bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.

Artikel berkaitan: ‘PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama 3 Bulan’ – Menteri Pengajian Tinggi

Terbaru, kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Disember bermula 1 Oktober. Melalui satu kenyataan hari ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata penangguhan ini melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta.

Bayaran balik secara auto

Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion

Penangguhan bayaran balik itu sebelum ini diberikan kepada peminjam mulai 19 Mac hingga 30 September. Tambah Noraini, semua peminjam PTPTN diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan seperti sebelum ini. Selain itu, bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran baik secara online.

Dapat kurangkan beban

Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN

Menurut Noraini, kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi sebilangan peminjam kerana kesan dari wabak pandemik. Dengan penangguhan ini, kerajaan prihatin bagi membantu meringankan bebanan mereka untuk bayar balik.

Antara inisiatif lain yang boleh membantu peminjam ialah dengan penganjuran Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers dengan kerjasama Perkeso. PTPTN juga sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi menstruktur kembali bayaran balik sehingga umur 60 tahun.

Sumber : Berita Harian , Free Malaysia Today

SKIP THIS AD ×