Baru-baru ini viral kisah penderitaan bayi berusia 9 bulan menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor sehingga mendapat perhatian rakyat Malaysia. Malah, Dr Amalina Bakri dan pasukannya di United Kingdom (UK) sudah bersedia membantu dan merawat penyakit yang ditanggung adik Ainul Mardhiah itu.
Ketua Menteri Melaka, YB Adly Zahari menerusi laporan Metro bersetuju membiayai kos pengangkutan dan penerbangan mereka sekeluarga ke UK dalam waktu terdekat.
Bantuan dari kos penerbangan
Ibu dan bapa kepada adik Ainul Mardhiah berasa sangat gembira apabila mendapat khabar anak mereka akan diterbangkan ke UK dalam masa terdekat. Malah, bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan berbentuk sumbangan bagi menanggung kos rawatan anaknya.
YB Adly Zahari turut bersimpati dengan penderitaan yang terpaksa ditanggung bayi 9 bulan itu.
Secara dasarnya, kita sudah menetapkan bahawa kita akan bantu bagi memudahkan urusan keluarga itu ke luar negara. Di peringkat kerajaan negeri, kita sudah ambil perhatian dan akan bantu. Memandangkan kos pembedahannya agak tinggi sejumlah RM1 juta, kita cuba beri bantuan dalam bentuk pembiayaan kos pengangkutan serta penerbangan keluarga itu di UK.
Kos rawatan mencecah lebih RM1 juta
Saya dan keluarga ucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin terhadap nasib anak saya.
Diminta untuk kami ready dan standby
Sebak betul kami sekaran ni
Bapa kepada adik Ainul Mardhiah turut kongsi rasa terharu menerusi laman Facebooknya. Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas keperihatinan mereka terhadap anaknya. Dia juga berkongsi pesanan dari Dr Amalina untuk mereka sekeluarga bersiap sedia dalam segala urusan membawa adik Ainul Mardhiah ke UK.
Kami mendoakan segala urusan dan rawatan adik Ainul Mardhiah dipermudahkan. Amin.
Sumber: Metro, Ahmad Saifudin