berita

Kerana Terlalu Minat Naruto, Pemuda Ini ‘Sign’ Logo Konohagakure Pada Kad Pengenalan

January 20th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Di Indonesia, nama seorang pemuda yang dikenali sebagai Syaiful mula jadi perbualan ramai apabila menurunkan tanda tangan mirip simbol ‘Konohagakure’ pada kad pengenalannya. Jika anda seorang pengikut cerita animasi Jepun, pastinya anda mengenali simbol ‘Konohagaruke’ ini. Memang style lah!

Artikel berkaitan: Sorry Tukar Last Minute’ – Suami Mengidam Letak Nama Anak ‘Goku’, Siap Mimpi!

Keterangan Pejabat Populasi dan Pendaftaran Sivil

Foto: Mamikos

Memetik laporan Kompas.com, Ketua Pejabat Populasi dan Pendaftaran Sivil Lamongan iaitu Sugeng Widodo mengatakan proses pengeluaran kad pengenalan Syaiful dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Walaupun menggunakan tanda tangan seperti lambang Naruto, Sugeng menyatakan bahawa tiada masalah dengan perkara tersebut kerana tanda tangan pada kad pengenalan adalah terpulang kepada pemegang kad itu sendiri.

Terpulang kepada pemegang kad pengenalan untuk membuat tanda tangan yang bagaimana, sama ada garisan lurus, bentuk bulat, semua boleh.

Itulah ungkapan Sugeng Widodo ketika ditanya berkenaan dengan lambang Naruto yang digunakan pada kad pengenalan. Syaiful juga memberitahu bahawa dia sudah menggunakan lambang tersebut sejak dari sekolah malah beliau juga menggunakan lambang tersebut ketika menjalani peperiksaan.

Apa itu Konohagakure?

Perkataan Konohagaruke ini berasal dari salah satu anime Jepun iaitu Naruto. Konohagaruke merupakan tempat tinggal Naruto dan karakter tersebut memakai bandana di kepala dengan logo konohagaruke. Syaiful memilih untuk meletakkan tanda tangan yang sama seperti logo konohagaruke pada kad pengenalan beliau.

Tertarik memakai lambang Konohagakure

Foto: Kompas.com

Syaiful mengatakan bahawa beliau tertarik memakai lambang Konohagakure sebagai tanda tangan disebabkan ianya unik dan menarik. Tanda tangan itu juga sempat digunakan oleh Syaiful semasa mengikuti ujian semasa di sekolah.

Guru di sekolah juga menyatakan bahawa tanda tangan saya ini unik. Dia sempat tanya, dan saya jawab bahawa saya memang penggemar Naruto.

Itulah kata-kata beliau mengenai tanda tangan Konohagakure  yang digunakan oleh Shaiful pada kad pengenalan beliau. Gambar kad pengenalan beliau juga telah tular di Twitter dan disukai sebanyak 8.000 lebih dan di retweet sebanyak 366 kali.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×