berita

Kerap Kongsi Gambar Punggung & Payudara Wanita, Lelaki Ini ‘Sekolahkan’ Rakan-Rakan Di WhatsApp

May 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki mendedahkan rakan-rakannya sering memuat naik gambar yang menunjukkan ‘aset’ wanita di dalam ‘WhatsApp group’ mereka.

Artikel Berkaitan: Kedai Diserbu JHEAT, Akak Tayang Aset Ditahan, Rakan Dakwa Pelayan ‘Air Buah’ Dianiaya?

Artikel Berkaitan: Obses Besarkan ‘Aset’, Cucu Taikun Pakaian Hong Kong Maut Gara-Gara Overdose Ubat

‘Tak rugi hilang kawan..’

Menerusi satu ciapan di Twitter, lelaki tersebut mendakwa di dalam ‘WhatsApp group’ itu semuanya terdiri daripada lelaki yang menganggap perbuatan mereka itu hanyalah sekadar gurauan.

Namun tidak pula bagi lelaki tersebut yang bertindak menegur perbuatan rakan-rakannya dengan menyifatkan perbuatan mereka itu seolah-olah tidak menghormati kaum wanita.

Awak semua kalau suka sangat tangkap gambar dan kongsi gambar punggung atau payudara entah siapa-siapa, aku keluar. Tak perlu masukkan aku lagi.

Semua dah besar, ada yang dah ada anak bini jadi fikirlah sendiri. Mungkin bukan hari ini tapi mesti kena punya satu hari nanti.

Selepas berbuat demikian lelaki tersebut mengambil keputusan untuk meninggalkan ‘WhatsApp group’ berkenaan. Malah dia juga menyatakan bahawa dia sedikit pun tidak rugi jika kehilangan rakan-rakan seperti itu.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan lelaki itu walaupun dia kehilangan rakan-rakannya. Mereka turut berkongsi pengalaman yang sama berdepan dengan perbuatan keji sesetengah individu di dalam ‘group WhatsApp’ seperti itu.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×