Baru-baru ini, viral mengenai kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dipercayai menjadi mangsa penderaan ditemukan dalam keadaan tidak bermaya, dibiarkan berbogel dan dikurung di tandas di rumah keluarganya di Flat Taman Pulai Jaya, Johor.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Hilang Dua Jari Gara-Gara Perbuatan Remaja Baling Mercun
Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Ditemukan Mati Dalam Mesin Basuh
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut meluahkan rasa terkilan sebaik sahaja melihat keadaan anaknya itu.
Tanggung kesakitan
Selama beberapa bulan anak saya tanggung kesakitan, tekanan dan penderitaan akibat dibiarkan kebuluran dan dikurung di tandas, pelaku seharusnya dijatuhi hukuman setimpal.
Menurut Ana, dia berpeluang untuk bertemu dengan anaknya Sabtu lalu selepas dimaklum pelindung kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ujarnya, dia berasa terkilan melihat keadaan anaknya itu dan hampir tidak mengenalinya kerana keadaan fizikalnya tidak sama seperti sebelum ini.
Tambah Ana, ketika anaknya tinggal bersamanya dua tahun lalu, berat badan anaknya itu mencecah lebih 60 kilogram dan seorang yang ceria dan peramah.
Saya pernah membuat laporan sebanyak tujuh kali termasuk di Banting, Selangor kerana suami tidak membenarkan untuk bertemu dengannya sejak lebih setahun lalu. Saya tidak menolak kemungkinan dia menjadi mangsa penderaan dalam tempoh setahun ini.
Berdasarkan perkongsian, dia kerap meminum air tandas ketika kelaparan dan kadang-kala dia hanya menjamah sisa makanan yang tertinggal. Ujar Ana lagi, anaknya juga menyatakan dia terpaksa menahan kesakitan apabila sengaja dipukul serta dicucuh api oleh teman wanita suami dan tiada tempat untuk mengadu nasibnya.
Saya tidak melihat perbuatan mereka namun siapa saja pelaku, saya tidak akan memaafkan mereka dan berharap dibawa ke muka pengadilan. Tak dapat bayangkan nasibnya sekiranya dia tidak diselamatkan polis, mungkin kami akan kehilangannya.
Saya bersyukur kerana dia terselamat, terima kasih kepada polis, komuniti setempat mahupun sukarelawan. Saya juga menghargai perhatian diberikan Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL) dan Skuad Waja terhadap anak saya ketika dia diselamatkan hingga kini.
Saya tidak sabar untuk dibenarkan membawa pulang anaknya selepas proses siasatan, saya akan mendaftarkannya di sekolah dan akan memastikan kesihatannya lebih baik.
Sumber: Harian Metro