berita

‘Kerja Tak Dapat, Phone Pula Kena Rembat’ – Taktik Licik Scammer Konon Cari Pekerja

September 7th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Zaman sekarang ini pelbagai cara digunakan oleh penjahat untuk memanipulasi seterusnya menjerat mangsa yang menjadi target mereka. Modus operandi mereka memang licik sehingga susah untuk dikesan.

Terbaru, seorang lelaki berkongsi pengalaman dirinya ditipu oleh scammer yang menyamar mencari pekerja tapi sebenarnya ada niat lain iaitu memerangkap mangsa sebelum mencuri telefon bimbit mangsa. Rupanya ramai yang dah jadi mangsa.

Scammer licik

Nama yang digunakan dipercayai bukan nama sebenar memandangkan ramai yang sudah terkena dengan orang yang sama tapi berlainan nama. Ada yang kena dengan Dr Afifuddin, Dr Tajudin, Dr Faisal dan banyak nama lagi.

Seorang pengguna Twitter, Ben memberitahu dia hampir menjadi mangsa. Pada mulanya dia mengiklankan tentang pekerjaaan yang dikehendaki di Mudah.my sebelum dihubungi oleh seorang lelaki yang mahu menawarkan kerja.

Curiga dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak berputus asa mahu mengambil dirinya bekerja walaupun tawaran sebelum ini telah ditolak, Ben membuat carian di Google. Ternyata ini taktik licik scammer!

Modus operandinya mengajak mereka yang sedang mencari kerja untuk berjumpa seterusnya minta menggunakan telefon bimbit mereka sebelum hilang dari pandangan. Macam ini pun ada juga ye?

Lagi pengalaman mangsa scam

Harap korang yang nak cari kerja itu lebih berhati-hati selepas ini. Kerja tak dapat, phone pula yang kena kebas!

Sumber : Ben

SKIP THIS AD ×