Seorang pengguna aplikasi penghantaran makanan berkongsi kisah sayu apabila menerima pesanan minuman menerusi perkhidmatan GrabFood. Kelewatan penghantar pesanan itu pada mulanya membuatkan lelaki itu resah namun mula memahaminya setelah melihat penghantar berkerusi roda.
Kisah penghantar makanan GrabFood, Sumaiyah Ghazali dilaporkan Berita Harian Singapura menerusi satu video yang membuatkan ramai netizen bersimpati.
Minta pelanggan bersabar jika terlambat
Dalam video berdurasi 3 minit 28 saat itu, Sumaiyah menceritakan dia baru sahaja mula berkhidmat dengan syarikat penghantaran itu selama 4 bulan. Dia yang menderita penyakit cerebral palsy sejak lahir mengalami kesukaran untuk bekerja kerana kekurangan itu.
Dia pernah bekerja di pejabat namun kekurangannya itu menghalangnya untuk bertugas dengan baik tambahan pula rakan sekerja lain tidak memahami penyakit dideritai.
Sumaiyah turut mendedahkan, hujan adalah masalah yang dihadapi ketika menghantar makanan. Dia terpaksa membuka payung dan ‘melawan’ angin sekaligus melambatkan perjalanannya. Dia juga meminta kerjasama pelanggannya jika terlambat menghantar pesanan.
Dapat perhatian GrabFood
Dikagumi netizen
Sumber: Berita Harian Singapura