berita

Kes Cederakan Suami, Sharifah Nadia Enggan Beri Sebarang Komen

May 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sharifah Nadia pukul suami

Akhir Mac lalu industri hiburan tanahair digemparkan dengan kes mengenai seorang pelakon wanita yang dituduh mencederakan suaminya sehingga didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Susulan daripada kes tersebut, tertuduh iaitu Sharifah Nadia atau nama sebenarnya Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, telah dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes berkenaan dan memaklumkan bahawa hanya dia dan suami, Lob Mahadir Abdul Shukur sahaja yang tahu perkara sebenar.

Apa orang nak kata tentang diri saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan sebenar kepada orang lain.

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih dalam perbicaraan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera.

Artikel Berkaitan :

Sharifah Nadia pukul suami 5

Meluangkan masa bersama anak tersayang

Dalam pada itu, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu ini turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir peminat melemparkan pelbagai spekulasi tidak benar mengenai dirinya sehingga perkara tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan peribadinya.

Apabila orang baca tentang artis wanita didakwa mencederakan suami berserta gambar saya yang terpampang di akhbar sudah tentu ia memberi kesan kepada saya.

Masyarakat tidak tahu cerita sebenar tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus membuat pelbagai spekulasi tidak benar. – Ujar Sharifah Nadia menerusi laporan mStar Online

Sharifah Nadia pukul suami 6Hasil perkahwinan dengan Lob Mahadir, pelakon ini dikurniakan 3 cahaya mata

Sebagai makluman tambahan, Sharifah Nadia sebelum ini pernah didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dewan Tan Sri Jefry Chin di SK Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya pada pukul 10.30 pagi pada 25 November tahun lepas.

Di sini kami selitkan enam foto terbaru Sharifah Nadia untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Sharifah Nadia

SKIP THIS AD ×