Gambar sekadar hiasan
Kes melibatkan penderaan kanak-kanak di Selangor menunjukkan golongan pengasuh menjadi jumlah pelaku yang tertinggi terlibat dengan kes tersebut setakat Oktober tahun ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Didera Lebih Lama, Mungkin Anak Awak Akan Meninggal Dunia’ – Wanita & Rakan Tomboy Dipenjara 14 Tahun
387 kanak-kanak jadi mangsa
Foto: FB Polis Selangor
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, rekod itu dibuat susulan penahanan seramai 89 orang pengasuh yang dibuat atas kes kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak manakala guru seramai 78 orang dan ibu atau bapa tiri seramai 69 orang.
Bermula Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 387 orang kanak-kanak menjadi mangsa penderaan.
Daripada 387 kes, 89 suspek merupakan pengasuh, 78 guru dan 69 ibu atau bapa tiri.
Jelas Hussein, kanak-kanak di bawah umur satu tahun menjadi mangsa teramai iaitu sebanyak 139 kes direkodkan, diikuti kanak-kanak dua hingga lima tahun iaitu seramai 96 orang.
Sementara itu, kes melibatkan kanak-kanak enam hingga 10 tahun pula seramai 62 orang manakala 11 hingga 15 tahun seramai 49 orang dan remaja berusia 16 hingga 18 tahun seramai 41 orang.
Dua faktor kes dera
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan terdapat dua faktor yang menjadi punca mengapa golongan kanak-kanak ini menjadi mangsa dera.
Daripada 387 kes ini, yang paling tinggi adalah sebab kecuaian dan yang kedua adalah pengabaian.
Kecuaian ini bermaksud, dia tinggal anak tanpa ada penjagaan, selain mungkin mendedahkan anak-anak itu dalam keadaan bahaya.
Walau bagaimanapun, Hussein menegaskan bahawa kes penderaan kanak-kanak yang berlaku pada tahun ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara meskipun jumlah keseluruhan menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tetapi peningkatan ini saya boleh katakan kerana kesedaran terhadap perkara ini. Sebab pihak D11 dah pergi ke sekolah, tahfiz dan sekolah agam untuk beri pendedahan, taklimat, apa itu penderaan, apa itu gangguan seksual, apa yang boleh, apa yang tidak.
Jadi daripada situ ramai yang tampil buat laporan, jadi peningkatan bukan sebab kes meningkat, tapi sebab ramai mangsa buat laporan termasuk pihak sekolah.
Sumber: Buletin TV3