berita

Kes Gangguan Seksual Ebit Lew! Saksi Ketujuh Dakwa Ada 436 Gambar Diperoleh Dari Telefon Bimbit

May 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Kes melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew yang dituduh melakukan gangguan seksual masih lagi belum selesai dan dalam perbicaraan mahkamah.

Artikel Berkaitan: Ustaz Ebit Lew Mengaku Tidak Bersalah Terhadap 11 Pertuduhan Gangguan Seksual – ‘Tuduhan Itu Dibuat Untuk Jatuhkan Saya’

436 gambar diperoleh dari telefon bimbit

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM, Asisten Superintendan Latifah Abdul selaku saksi ketujuh perbicaraan bagi kes ini memaklumkan bahawa terdapat 436 gambar yang diperoleh daripada telefon bimbit jenama Samsung Galaxy A31 yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukan itu sahaja, terdapat empat rakaman video dan 219 gambar tangkap layar yang turut diperoleh Latifah melalui telefon bimbit berkenaan.

Latifah memaklumkan, pemeriksaan fizikal dibuat sejurus pihaknya menerima telefon bimbit itu pada 9 Ogos 2021 yang lalu bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik dan tiada sebarang kerosakan sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit berkenaan.

Selepas menerima telefon bimbit itu, beliau membuat pemeriksaan fizikal bagi memastikan telefon itu tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis terhadap telefon bimbit itu pada tarikh yang sama.

Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data diperlukan oleh pegawai penyiasat.

Latifah turut memaklumkan bahawa hasil daripada pemerhatiannya, keempat-empat video yang ditayangkan di hadapan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria itu tidak mempunyai sebarang unsur pengubahsuaian.

Ini kerana, video yang diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’ manakala keempat-empat video yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’.

Untuk info, Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, 37, dipanggil pihak polis pada Ogos 2021 yang lalu bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan sebuah video lucah yang dikatakan mirip dengan rupanya tersebar di internet.

Walau bagaimanapun, Ebit mengaku tidak bersalah dan mengatakan itu merupakan satu fitnah melampau yang cuba memburukkan namanya.

Namun, seorang lagi pendakwah bebas, Firdaus Wong tampil memberikan keterangannya di Mahkamah Tenom, Sabah memaklumkan ada melihat beberapa mesej serta gambar lucah di telefon bimbit seorang wanita yang mendakwa kiriman Ebit Lew.

Ebit kini berdepan dengan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya Ebit didapati bersalah, pendakwah bebas itu bakal berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

SumbeR: Berita Harian

SKIP THIS AD ×