berita

Kes Hentak Dengan Tukul, Anak Dakwa Ayah Terpinga-Pinga Seperti Dirasuk

March 5th, 2019 | by Ai
Kini Trending

bapa pukul anak

Salah seorang ahli keluarga membabitkan kes seorang bapa yang menghentak anak perempuannya dengan tukul telah tampil menceritakan keadaan sebenar.

Ayah terpinga-pinga ketika kejadian

bapa pukul anak

Menurut anak kedua daripada empat beradik yang ingin dikenali sebagai Wan, ayahnya langsung tak ingat apa-apa ketika kejadian berlaku.

Kami kenal ayah dan ayah takkan bertindak sebegitu kepada adik. Ketika dirawat di Hospital Parit Buntar, ayah sempat maklum pada kami, dia langsung tak ingat ketika kejadian berlaku.

Dia turut menceritakan semasa kejadian berlaku, ahli keluarga lain, termasuk jiran, bapa saudara dan ibu saudara telah datang untuk mengawal keadaan.

Waktu itu ayah dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang berlaku. Sehinggalah salah seorang ahli keluarga membaca bacaan (surah) Yasin pada ayah dan selepas itu ayah meronta-ronta sebelum melarikan diri menaiki motosikal hingga merempuh sebuah kedai penduduk di sini.

Susulan kejadian itu kepala ayah terluka dan tulang tapak tangannya retak, bukannya ayah mencederakan dirinya sendiri.

Bapa seperti dirasuk

bapa pukul anak

Menurut Wan lagi, mungkin bapanya itu dirasuk sesuatu sehingga bertindak menghentak adiknya.

Tak mungkin dia bertindak sebegitu memandangkan adik saya anak yang paling ayah sayang. Bila seseorang dalam keadaan sebegitu (dirasuk), macam-macam perkara luar jangka boleh terjadi.

Saya harap netizen tidak menokok tambah dan memperbesarkan kes ini. Hanya kami anak dan ahli keluarga yang tahu dan hadapi semuanya.

Dia juga memberitahu bahawa adiknya itu telah mendapat dua tawaran kerja pada bulan hadapan dan dalam dilema untuk memilih pekerjaan itu. Sehingga kini, adiknya masih dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata suspek kini direman selama lima hari sehingga 9 Mac ini.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×