berita

‘Kesalahan Mereka Bukanlah Kesalahan Jenayah Pun’ – Azizul Hasni Awang

June 26th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Masih hangat diperkatakan isu mengenai penerjun negara dipercayai berfoya-foya dan mengambil minuman keras ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Menurut Metro, Pengarah Program Podium, Tim Newenham berkata penerjun negara boleh dikenakan tindakan dan dibuang daripada Program Podium sekiranya didapati bersalah.

Artikel berkaitan: ‘Apa Tujuan Rakam & Sebarkan Video Tersebut?’ – Ayah Bur Dhabitah

Bagaimanapun, ‘Pocket Rocketman’ Azizul Hasni Awang memberi respon terhadap isu ini demi menjaga nama baik atlet negara dan Malaysia.

Tak banyak atlet berani berdepan media

PANAS!!
Malaysia dikejutkan dengan kes masalah disiplin atlet terjun negara merujuk kepada video yang tular baru-baru ini. Ini komen peribadi saya selaku antara atlet senior di Malaysia (14 tahun mewakili negara – tak leh lawan otai berbisa Shalin Zulkifli dari sukan bowling yang mewakili negara sudah 34 tahun !!!) dan pendapat peribadi saya sebagai insider dalam kancah arena sukan negara.

Pertamanya Tahniah.
Kerana atlet-atlet yang bersalah ini tampil kehadapan menghadapi pihak media, mengaku akan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama. (At the end of the day, we are human and we made mistake). Tidak banyak atlet yang berani berdepan dengan media apa lagi bila mengaku akan kesalahan. Baik dari masalah disiplin, masalah doping, masalah prestasi dan sebagainya.

Keduanya What’s Next? Ramai yang tampil kehadapan dengan pelbagai idea dan komen untuk menghukum mereka, antaranya gantung penyertaan di Sukan Asia (Kita dah labur banyak duit dekat mereka dan Sukan Asia adalah KPI untuk program podium – let their results do the talking. Freeze sekejap isu ini hingga tamat Sukan Asia dululah)

Gantung elaun mereka. (Elaun itu adalah hak mereka sebagai atlet, mereka bekerja keras dan mereka ada hak ke atas duit mereka. Mereka juga ada tanggungan dan bil-bil yang perlu dibayar.)

Gugur mereka dari program (Why not kita berfikiran lebih advance dengan mengenakan mereka melakukan ‘community service’ untuk tempoh jam yang dipersetujui. – pengguguran adalah option terakhir dan harap ianya tidak berlaku.).

Di sini kita boleh belajar dari pesanan Nabi Muhammad SAW yang memesan supaya kita diam ketika marah. Banyak pengajaran dan aplikasi yang boleh dipelajari dari nasihat Baginda ini. Allah juga menyebut didalam Al-Quran surah ali ‘imran ayat 134:

“Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan”

Fokus kepada sesuatu yang positif

Bukankah ini adalah waktu yang tepat untuk kita melihat kejituan fungsi bahagian psychology, kaunseling, hal ehwal atlet dan juga orang-orang agama (semua jenis agama). Gunalah kesempatan ini untuk membantu dan membimbing mereka. Bercakap tentang ilmu psychology, mereka yang bermasalah ini sebenarnya memerlukan lebih perhatian dan juga bimbingan. Bukannya kritikan, herdikan dan cacian. Waktu ini adalah untuk disematkan positive energy sebanyak mungkin dan bukannya negative energy.

Saya mencadangkan pihak berwajib menggunakan perencanaan strategik yang dipanggil SWOT analysis system. Fokuskan kepada sesuatu yang positif:
‘How people get better or improve from mistake?’ Instead of sesuatu yang negatif:
‘What sort of punishment?’

Ketiganya It’s not the end of the world. Kesalahan mereka bukanlah kesalahan jenayah pun. Mereka ade hak untuk bergembira tambahan untuk menyambut Chinese New Year. Mereka adalah manusia yang mempunyai perasaan gembira, sedih, marah dan takut seperti kita semua. Lagipun yang togak minuman keras adalah mereka yang bukan islam dan itu hak peribadi mereka. Kes ini juga baru pertama kali berlaku dan bukannya ongoing problem . Pokoknya para atlet ini kene ada limitation atau barier untuk berhibur, minum alkohol dan sebagainya supaya tidak melampui batas. Kita juga perlu ingat mereka ini anak muda dan ada yang masih terlalu mentah jadi mereka memerlukan bimbingan yang betul, so bantulah mereka!

Keempatnya Garis Panduan.
Pihak berwajib perlu memberikan garis panduan kepada semua atlet baik dari peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan dalam kesemua aspek. (Tak perlu saya senarai satu per satu disini – jangan lupa tekankan peranan dan guideline untuk media sosial juga).

Sekian saja pandangan ringkas dari saya dan di harap ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam permasalahan ini. High Performance Athlete needs High Performance Culture.

Sumber: Azizul Awang

SKIP THIS AD ×