Gerakan solat subuh yang diwujudkan penyanyi dan pelakon, Alif Satar mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai namun terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan niat murni selebriti itu.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Terharu Program Dianjurkan Dapat Sambutan, Siap Joging Bersama 3,000 Jemaah Selepas Solat Subuh
Artikel Berkaitan: Anak Muda Seronok Sahut Seruan Alif Satar #GengSubuhMacamJumaat, Keluar Rumah Seawal 4 Pagi & Pasang Lagu Nasyid Dalam Kereta
‘Jangan bitter’
Menerusi ciapan di platform X, individu tersebut menyuarakan pendapatnya berhubung gerakan itu.
Kesian, nak sembah tuhan pun perlukan influencer. Tak tahu mana satu tuhan.
Pergi masjid sebab ada Alif Satar dengan Khairul Aming? Alahai.
Bagaimanapun, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan dan berpendapat tujuan gerakan tersebut boleh menjadi motivasi untuk mendirikan solat secara berjemaah.
Orang macam kau ni la buat masjid dan surau tak hormoni. Sakit hati dengan kebaikan orang. Sekurang-kurangnya Alif Satar guna populariti dia untuk ajak anak-anak muda bersolat subuh dekat masjid. Ganjaran pahala tu Allah SWT sahaja yang tahu. Tak kisah dia orang sebab influncer ke apa yang penting hadir subuh berjemaah.
Hidup kita ini memang akan sentiasa perlukan motivasi. Benda baik, tak payah ‘bitter’ sangat.
Janji dia orang berjemaah. Mula-mula mungkin pergi sebab influencer, lama-lama tetap istiqamah juga. Perlahan-lahan berubah tak apa daripada tweet yang bukan-bukan.
Sumber: Platfrom X