berita

Khairul Aming Terharu Berjaya Raih Lebih 1 Juta Undian Di TikTok Awards

August 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

khairul aming

Personaliti media sosial popular, Khairul Aming setakat ini sedang mendahului bagi kategori People’s Choice: Creator of The Year bagi TikTok Awards Malaysia 2023 dengan menerima undian melebihi 1 juta.

Khairul Aming dicalonkan sebaris dengan pencipta kandungan terkenal iaitu Auntie Purple, Boss James, Ceddy Ang, Lawyer Gandhi dan Sally Whoo.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Teruja Tercalon TikTok Awards 2023, Harap Lebih Ramai Lagi Jadi ‘Content Creator’

Artikel Berkaitan: ‘Mudah, Cepat & Sedap’ – Ini 10 Video Kompilasi Resepi Terbaik Khairul Aming Cecah 5 Juta Tontonan Di TikTok!

Teruja & terharu

Khairul Aming TikTok

Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa teruja apabila berjaya memperoleh sokongan yang sama sekali tidak dijangka sepanjang bergelar personaliti media sosial.

Saya rasa amat terharu atas sokongan yang diberikan. Ini adalah kali pertama TikTok Awards berlangsung di Malaysia dan saya sangat teruja apabila saya dipilih sebagai calon yang tertinggi iaitu Creator of The Year.

Selepas lapan tahun berkecimpung dalam bidang mencipta kandungan, ini adalah kali pertama anugerah berprestij seperti ini diwujudkan untuk menghargai karya content creators.

Terima kasih banyak kepada semua yang telah mengundi saya untuk TikTok Awards Malaysia 2023. Kalau ada rezeki, diharapkan anugerah ini dapat menjadi batu loncatan untuk saya kembangkan karier content creator saya ke peringkat yang seterusnya. Saya tidak mungkin akan dapat mencapai semua kejayaan ini tanpa sokongan daripada anda semua sejak dari lapan tahun lepas.

Menurutnya, penghasilan sesuatu kandungan bukanlah perkara mudah kerana ia memerlukan pengorbanan tenaga dan masa namun sambutan luar biasa daripada orang ramai menjadikan dirinya lebih bersemangat.

Sejujurnya, rasa penat itu tidak asing apabila membuat content terutama sekali apabila musim Ramadan kerana itulah musim di mana saya menghasilkan siri 30 Hari 30 Resepi yang dinantikan oleh orang ramai setiap tahun.

Walaupun sudah masuk tahun keenam siri ini dilancarkan, saya masih bersemangat untuk teruskannya kerana resepi-resepi tersebut dapat membantu rakyat Malaysia untuk menyediakan juadah di rumah dan ada juga yang menggunakan resepi tersebut untuk berniaga.

Menjanjikan konten menarik

khairul aming

Pempengaruh berusia 31 itu juga mendedahkan bahawa dia bakal mengeluarkan produk terbarunya tidak lama lagi.

Dia berjanji akan tetap menghasilkan konten-konten menarik malah yang lebih baik dari sebelum ini.

Saya akan melancarkan produk kedua dibawah Khairulaming brand dalam masa yang terdekat. Selain daripada itu, saya juga akan menambah lagi content dalam bidang bisnes bagi membantu peniaga-peniaga kecil di luar sana untuk mengenali dunia e-Dagang yang semakin berkembang rancak di Malaysia.

Saya akan meneruskan content masakan seperti biasa dan dengan wujudnya content bisnes ini, saya harap nilai yang diberikan kepada masyarakat akan makin berkembang daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Sementara itu, anak jati Kelantan ini turut menitipkan nasihat kepada pencipta kandungan baharu agar mereka dapat menonjolkan bakat dengan menjadikan TikTok sebagai platform utama.

Kepada content creators yang baru menceburi industri ini, jangan takut untuk mencuba idea atau karya baru yang lain daripada yang lain. Proses pembikinan content akan mengambil masa yang lama untuk dipelajari, jadi jangan rasa tertekan untuk mengeluarkan content yang berkualiti tinggi dalam masa yang pendek.

Cuba kenal pasti kesilapan yang dilakukan dalam content yang sebelumnnya dan gunakan kritikan membina yang diberikan oleh penonton untuk menaikkan lagi mutu content yang dihasilkan dari semasa ke semasa.

Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Acara karpet merah akan disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam manakala TikTok Awards Malaysia bersiaran secara langsung di TV3 serta di platform TikTok pada 27 Ogos ini jam 9.00 malam.

Para peminat boleh mengundi pencipta kegemaran anda di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/

SKIP THIS AD ×