berita

Khairul Aming Teruja Tercalon TikTok Awards 2023, Harap Lebih Ramai Lagi Jadi ‘Content Creator’

August 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Khairul Aming TikTok

Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming tercalon bagi kategori Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal diadakan pada 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: TikTok Awards Malaysia Jalin Kolaborasi Bersama TV3 Sebagai Rakan Media Paling Utuh & Berpengalaman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tutup Kilang 5 Hari, Bawa 60 Staf Bercuti Di Langkawi! Semua Ditanggung Siap Duit ‘Shopping’

Terharu ketika dicalonkan

Khairul Aming TikTok

Pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu teruja apabila dia calonkan sebaris dengan pencipta kandungan terkenal iaitu Auntie Purple, Boss James, Ceddy Ang, Lawyer Gandhi dan Sally Whoo.

Saya harap boleh menang nanti, Insyaa-Allah doakan saya.

Saya sangat gembira kerana ini merupakan pertama kali ada anugerah istimewa yang didedikasikan khas untuk pencipta kandungan sahaja.

Memasuki tahun kelapan sebagai pempengaruh media sosial, Khairul Aming menzahirkan rasa syukur kerana usaha kerasnya dihargai menerusi TikTok Awards.

Dalam pada itu, dia juga berjanji akan menghasilkan lebih banyak kandungan menarik sepanjang tempoh mengundian berlangsung iaitu bermula pada 15 hingga 26 Ogos ini.

Alhamdullah tercalon untuk tahun ini dan terima kasih kepada TikTok untuk penghargaan tersebut.

Saya akan buat video dan stream secara langsung sebanyak mungkin, kalau boleh setiap hari sampailah ke hari majlis anugerah itu nanti.

Khairul Aming berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media TikTok Awards Malaysia 2023, di The Godown Arts Centre pada Selasa.

Pempengaruh berusia 31 tahun itu juga mengakui bahawa platform TikTok banyak membantu mengembangkan perniagaannya.

Sangat memberangsangkan! Kalau dulu kita berniaga macam biasa pagi sampai petang sekarang saya dah ubah banyak kepada menjual secara langsung di TikTok.

Biasa saya akan jual lima ribu botol dalam sehari, sekarang tengah mencuba untuk naikkan kepada sepuluh ribu botol dalam sehari pula.

Pencipta kandungan dari bidang lain

Khairul Aming TikTok

Sementara itu, dia turut berharap agar lebih ramai pencipta kandungan daripada pelbagai bidang tampil mengetengahkan bakat mereka dan menjadikan TikTok Awards sebagai inspirasi.

Ramai yang minta nasihat dan saya gembira kerana industri pencipta kandungan semakin berkembang.

Cuma saya berharap lebih ramai pencipta kandungan datang daripada industri-industri lain seperti bidang pendidikan, teknikal..contohnya belajar memperbaiki basikal, kereta. Kerana ramai yang ada ilmu namun mungkin mereka berasa malu atau segan.

Semoga dengan adanya TikTok Awards ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pencipta kandungan.

Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Acara karpet merah akan disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam manakala TikTok Awards Malaysia bersiaran secara langsung di TV3 serta di platform TikTok jam 9.00 malam.

Para peminat boleh mengundi pencipta kegemaran anda di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/

SKIP THIS AD ×