berita

Khairul Fahmi Ditawar RM 3 Juta?

October 15th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau lebih mesra dipanggil Apek dikatakan mendapat tawaran sebanyak RM 3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.

Berita ini telah dilaporkan menerusi pihak Harian Metro, di mana sekiranya khabar angin yang disampaikan ini adalah benar, secara tidak langsung Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.

Menurut Apek, dia sendiri tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut dan ingin menghormati kontrak yang masih ada bersama skuad Kelantan.

Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya.

SKIP THIS AD ×