berita

Khairy Jamaluddin Sahkan Pekerja Pusat Peranginan Di Pahang Dah Terima Suntikan Vaksin Covid-19

April 30th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Baru-baru ini tular di media sosial dakwaan yang mengatakan sebahagian pekerja hotel di sebuah pusat peranginan terkemuka di Pahang sudah menerima vaksin Covid-19. Dakwaan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada orang awam memandangkan Program Imunisasi vaksin baru memasuki fasa kedua yang mengutamakan warga emas.

Di Twitter, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjawab tohmahan netizen yang mendakwa dirinya mengarahkan pekerja di pusat peranginan itu disuntik.

Bukan arahan KJ

Jelas Khairy, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk membenarkan pemberian vaksin kepada pekerja pusat peranginan seperti yang tular di media sosial. Kerajaan sebelum ini telah menetapkan pemberian vaksin fasa pertama kepada petugas barisan hadapan disusuli dengan warga emas menerusi fasa kedua.

Tambah Khairy, pemberian vaksin diuruskan sepenuhnya oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri.

Namun bagi kes di Pahang, CITF Negeri telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja sektor pelancongan yang melibatkan 56 buah hotel di Kuantan, Genting Highlands, Cameron Highlands, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.

Terdapat beberapa buah negeri yang beranggapan mereka mereka boleh mula memberikan vaksinasi kepada kumpulan penerima lain apabila selesai menjalankan vaksinasi kepada penerima fasa pertama.

Menurut beliau lagi, pihak CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan CITF Negeri ini selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut.

Susulan daripada kejadian ini, Khairy telah menulis surat kepada Kerajaan Negeri Pahang pada 12 April 2021 bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia JKJAV. Sehingga mana mana kumpulan disenaraikan, keputusan senarai keutamaan terdahulu adalah terpakai.

Sumber: Khairy Jamaluddin

SKIP THIS AD ×