berita

Kieran Belum Jumpa Pengganti

May 17th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

HotFm (23)

Pastinya umum sedia maklum yang penyampai radio Hot FM, Kieran telah bercerai dengan bekas isterinya, Yang Azliyang hujung tahun lalu.

Perkahwinan yang dibina pada 31 Mei 2008 itu akhirnya tidak dapat diselamatkan kerana tiada persefahaman antara mereka berdua dan Kieran menceraikan Yang Azliyang dengan talak satu pada 28 November 2012.

Kieran yang ditemui ketika majlis pelancaran Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely petang semalam (Khamis) memberitahu yang dia kini semakin dapat menerima rutin hidupnya sebagai lelaki bujang.

Walaupun apa yang berlaku kepada perkahwinan saya sebelum ini agak menyakitkan, saya teruskan hidup macam biasa, tak boleh lah nak bersedih 24 jam. Kita tinggalkan part yang tak seronok tu dan kita move on.

Setakat ni belum ada jumpa cinta baru. Sejak ramai yang tahu saya solo sekarang ni, ada juga yang cuba nak mengisi kekosongan tapi saya belum terfikir ke arah tu lagi. Fokus saya sekarang ni lebih kepada anak-anak dan menjaga mak saya. Bila saya cuti saya akan jaga anak-anak kerana tak mahu mereka hilang kasih sayang dari ayah. Saya sangat bersyukur kerana tiada perjanjian ditetapkan dalam hak menjaga anak.

Beralih kepada soal kariernya, walaupun sedang sibuk mengacara dan menjadi penyampai radio dalam masa yang sama, Kieran masih lagi mampu meluangkan masa menjadi mentor kepada dua orang peserta dalam program realiti Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely.

Menurut Kieran, dia sanggup mencurahkan segala ilmu yang pernah dipelajari untuk membantu dua orang protegenya yang bercita-cita mahu menjadi penyampai radio.

Apa yang saya nampak pada dua orang protege saya tu, mereka memang berminat dan ada ciri-ciri menjadi penyampai radio. Mungkin masa yang diberikan agak singkat dan tak sempat nak belajar semua benda tapi saya percaya mereka mampu serap apa yang saya ajar.

Kieran juga berharap protegenya dapat meneruskan impian mereka dan terus menanam minat dengan apa yang mereka buat sekarang walaupun mereka tidak berjaya dalam pertandingan ini.

Untuk pengetahuan semua, siri realiti Serikan Impian Anda Bersama Fair & lovely ini akan menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang. Setiap minggu dua orang gadis akan dipasangkan dan dibimbing oleh seorang mentor yang berpengalaman berdasarkan industri yang ingin diceburi oleh para gadis ini.

Antara mentor-mentor yang mengambil bahagian ialah Kieran, ‘make-up’ artis, Najeeb Azami; Pengarah Pemasaran Pavillion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai; penerbit rancangan bual bicara pagi di NTV7, Intan Noorbaizura; dan pakar kulinari selebriti Malaysia, Chef Zam.

Rancangan yang dihoskan oleh Sazzy Falak dan Hafiz Hatim ini akan menemui penonton pada setiap Isnin mulai 27 Mei dari jam 7.30 malam hingga 8 malam di TV9. Kalau nak tahu siapa protege-protege Kieran, jangan lupa saksikan pada pertengahan bulan ini dan lihatlah drama apa yang bakal disajikan melalui program realiti ini.

SKIP THIS AD ×