berita

Kisah Anak Autism Yang Bekerja Kerana Tak Mahu Bebankan Keluarga, Respect!

May 11th, 2016 | by Wan
Kini Trending

a

“Dia langsung tak buka mulut, mukanya serius dan seperti dalam dunianya sendiri.”

Semasa sedang menanti minuman yang dipesan, perhatian lelaki ini tertumpu kepada seorang pekerja di situ. Lebih membingungkan minuman yang dipesan siap kena ambil sendiri.

Pekerja terbabit hanya datang dan berdiri di sebelahnya tanpa menghidangkan minuman itu. Pelik! Ikuti perkongsian yang cukup menyentuh hati dari lelaki ini.

Mungkin sedang stress

a2

Petang tadi aku berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kg Baru. Ketika sedang duduk menantikan segelas hot chocolate, mata aku menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan.

Tetapi aku dapat rasa ‘sesuatu’. Dia langsung tak buka mulut, mukanya serius dan seperti dalam dunianya sendiri. Dalam hati aku berkata, mungkin dia sedang stress. Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan hot chocolate ke mejaku. Ini part paling ‘sempoi’…dia hanya tegak berdiri di tepiku. Aku pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari tray yang dipegangnya. Annoying seh!

Tak pernah dapat kerja

a3

“Maafkan saya Encik…dia anak autism,” kata Cik Aishah. Rupanya dari jauh eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya. Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru aku tahu siapa sebenarnya remaja itu.

Dan Lo sebenarnya dah berusia 22 tahun tetapi sering gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKUnya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar home tuition. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberi peluang kepadanya.

Tak mahu bebankan keluarga

” Dia tak pernah ponteng selama bekerja di sini…ada customer yang tak tahu pernah memarahinya tetapi Dan tak pernah ambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. Katanya dia tak pernah dapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari, tak mahu membebankan keluarga,” kata Aishah.

Aku kagum dengan Dan dan aku kagum dgn kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita supaya jangan menyisihkan insan-insan sepertinya. Aku terkenang bait-bait lirik lagu Namun Ku Punya Hati.

“…maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua…”

Sumber : Syahril A. Kadir

SKIP THIS AD ×