Siapa sangka kejadian kereta rosak menemukan kembali dua orang sahabat yang sudah sekian lama tidak berjumpa sejak 6 tahun lalu. Akibat tersalah ‘call’ sahaja’, lelaki ini bertemu semula dengan sahabatnya itu yang dikenalinya ketika bekerja di sebuah stesen minyak.
Menceritakan detik itu kepada Harian Metro, Awg Ku Mohd Yusof Awg Ku Mat berkata pada awalnya beliau berniat untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa selepas keretanya rosak namun menukar fikiran dan hanya mahu menaiki Grab.
Kereta rosak
https://www.facebook.com/upzainizam/videos/pcb.2882205498462979/2882205118463017/?type=3&theater
Kata Awg, keretanya berhenti secara tiba-tiba ketika dia dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuching ke stesen minyak pada malam 2 Ogos lalu. Menurutnya, dia sebenarnya baru sahaja tiba di Kuching dari Lawas atas urusan kerja.
Sebenarnya, saya sudah meninggalkan kereta di parkir lapangan terbang berkenaan sejak 16 Jun lalu dan ke Kuching untuk mengambil semula kenderaan itu selain menyelesaikan urusan kerja.
Disebabkan terlalu lama meninggalkan kenderaan di situ, enjin kereta tidak dapat dihidupkan tetapi masalah selesai selepas mendapat bantuan seseorang untuk menghidupkannya (kereta) dengan kabel ‘jumper’.
Tersalah call Grab Food
Pada awalnya, dia berniat untuk menghubungi Grab untuk ke stesen minyak apabila kereta yang dinaikinya itu rosak, namun tersilap apabila menghubungi Grab Food. Bagaimanapun lebih mengejutkan apabila Grab Food yang datang itu pula adalah kawan lamanya sendiri.
Tetapi, kereta saya berhenti dengan tiba-tiba tidak lama selepas memandu keluar dari lapangan terbang. Pada mulanya, saya bercadang untuk mencari kereta sewa tetapi menukar fikiran dengan menghubungi Grab.
Namun, saya tersilap apabila menghubungi Grab Food dan terkejut kerana salah seorang penunggangnya adalah rakan lama saya iaitu Husnie Sukor.
Kata Awg, kejadian itu seperti ‘jejak kasih’ pula kerana mereka sudah tidak menghubungi satu sama lain selama lebih enam tahun namun takdir menemukan semula mereka secara tidak sengaja pada hari itu.
Kagum pertolongan rakan
Menceritakan detik itu, Awg kagum dengan keprihatinan yang ditonjolkan rakannya Husnie Sukor kerana mampu menunda keretanya bersama seorang lagi penunggang Grab Food walaupun sekadar menggunakan motorsikal.
Saya sendiri tidak tahu bagaimana Husnie dan rakannya boleh menunda kenderaan saya walaupun hanya dengan menunggang motosikal.
Rasa bersyukur kerana ketika saya dalam kecemasan, mereka datang membantu walaupun pertemuan itu hanya satu kebetulan dan tidak dirancang.
Lebih mengharukannya apabila Husnie enggan menerima sebarang upah dan ikhlas melakukannya.
Husnie dalam pada itu berkata, dia dan Awg sudah berkenalan sejak tujuh tahun lalu ketika bekerja di sebuah stesen minyak dan tidak berhubung selepas masing-masing menukar kerjaya.
Kami membantu dengan ikhlas dan tak sangka pula, video kami menunda kereta Awg tular di media sosial.Terima kasih kepada yang semua memberi komen positif.
Sebelum ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan dua buah motorsikal menunda sebuah kereta. Kisah itu mencuri perhatian selepas video itu dimuat naik pengguna Facebook, Azfainizam Tuah.
Sumber: Harian Metro