Kagum, sedih, dan hiba. Itu perasaan kami tatkala membaca luahan lelaki ini tentang kegigihan seorang insan kurang upaya berkerusi roda yang tetap solat di hadapan tangga masjid.
Mungkin tidak mahu menyusahkan dan membebankan sesiapa, insan istimewa ini lebih selesa duduk di kaki tangga masjid tersebut.
Kisah yang dikongsi oleh lelaki yang dikenali sebagai Taufik Hakim Abdul Wahab ini telah mendapat lebih 5 ribu ‘share di Facebook.
Difahamkan ianya berlaku di Masjid Tunku Abdul Aziz (Masjid Bulat).
Sumber : Facebook Taufik Hakim Ahmad Wahab