berita

‘Kita Hormati Keputusan Ke Bawah Duli Tuanku’

January 7th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Berita Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 telah menggemparkan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan menghormati keputusan Sultan Muhammad V itu.

Artikel berkaitan: Akhiri Khabar Angin, Agong Letak Jawatan Berkuasa Serta-Merta

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Nurul Izzah Anwar sedih akan keputusan itu namun perlu diterima dan dihormati.

Saya rasa sedih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah memberi respon mewakili pihak kerajaan selepas pengumuman mengejutkan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan baginda selaku Yang Di-Pertuan Agong.

Ke Bawah Duli meletakkan jawatan dan kita menghormati keputusan Ke Bawah Duli Tuanku. Namun saya rasa sedih kerana Ke Bawah Duli menjadi Yang Di-Pertuan Agong apabila kita menukar kerajaan dan Majlis angkat sumpah Perdana Menteri. Ia merupakan sejarah.

Tambahnya lagi, baginda merupakan orang yang memberi keampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan.

Tiada lagi penahanan ahli politik

YB Nurul Izzah meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Sultan Muhammad V kepada telah memberi pengampunan kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dalam tahanan. Dia tetap menghormati keputusan dari baginda.

Sumber: Astro

SKIP THIS AD ×