berita

Kita Jangan Ikut Jennifer Lopez – Teguran ‘Padu’ Ustaz Terhadap Fesyen Seksi Tasha Shilla

September 10th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

tashaseksi

Nampaknya selepas beberapa kali tampil dengan fesyen mencolok mata, Tasha Shilla kini bagaikan sudah ‘lali’ dengan teguran netizen. Semalam sekali lagi Tasha Shilla dihentam teruk oleh netizen gara-gara penampilannya di sebuah event.

Hal ini turut mendapat perhatian seorang ustaz yang tampil menegur pemakaian seksi Tasha Shilla. Tasha Shilla nak dengar ke tidak terpulang pada dia, yang penting ada ahli agamawan yang sudah menjalankan tugas mereka.

Jangan cari populariti yang jatuhkan imej & maruah

ustaz

Ketika dihubungi Mynewshub, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap para selebriti seharusnya mengikut ‘dress code’ yang telah ditetapkan dalam Islam.

Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez

tasha2

Tambah Ustaz Asmawi lagi, para selebriti sepatutnya mengangkat budaya timur dan bukan terikut-ikut dengan budaya barat yang jelas bertentangan.

Sesuatu juga harus dilakukan oleh persatuan yang memayungi anak-anak seni supaya selebriti menjaga imej mereka.

Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.

Sumber : Mynewshub

SKIP THIS AD ×