berita

Kita Jumpa Di Sana Abah – Mr Os Meninggal Dunia

April 8th, 2016 | by Wan
Kini Trending

OS

Pelawak dan pelakon berbakat, Mohd Yusof atau dikenali dengan nama Mr Os baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Allahyarham dikatakan mengidap kanser paru-paru.

Hal ini disahkan sendiri oleh anak allahyarham menerusi satu status yang dimuat naik sebentar tadi.

“Kami semua sayangkan abah”

Allah..Allah..Allah..
Perginya seorang seniman Mohd Yusof bin Abdul Hamid @ Mr.Os buat selama2nya.. Allah beri hari yg terbaik,waktu yg terbaik di Usia nya 55 tahun..
Kau ampunkan segala dosa2nya, kau tempatkan Abah dikalangan orang-orang yg beriman..
Kita jumpa disana Abah..Abah pergi dengan tenang dan berwudhuk selepas solat tadi..
Kami semua sayangkan Abah..

Allahyarham yang berasal dari Kuala Kangsar Perak pernah berlakon untuk beberapa buah filem dan yang paling diingati ialah filem Adik. Sekitar march tahun lalu allahyarham menjalani pembedahan akibat pendarahan pada tonsil.

Beberapa hari yang lalu allahyarham baru saja menyambut hari kelahirannya yang ke 55 tahun. Salam takziah buat keluarga. Moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jenazah akan dikebumikan di Selayang.

Sumber : Haryatie Mohd Yusof

SKIP THIS AD ×