Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif tampil menjawab persoalan netizen berhubung isu mendirikan rumah tangga terlalu cepat bersama suami, Azwan Aziz.
Artikel Berkaitan: ‘New Chapter, No More Our Past’ – Hajar Hanif
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Influencer Hajar Hanif Temui Cinta Sejati, Kini Bergelar Isteri Kepada Azwan Aziz
Artikel Berkaitan: Influencer, Hajar Hanif Cerai Talak Satu Dengan Mikhail Issaq – ‘Doakan Saya Jumpa Jodoh Bertanggungjawab Dalam Semua Segi’
Tak serik ke?
Menurut Hajar, setiap manusia mempunyai kisah lampau. Sebagai manusia biasa, dia cuba untuk melupakan kisah silam yang pernah berlaku mahupun terjadi.
Masa bujang 90 peratus orang nakal saya rasa, dan kami tidak ambil peduli tentang kisah lampau. Cuma saya akan ambil berat tentang selepas berkahwin. Kita kenal bertahun pun, ramai juga curang.
Tambah Hajar, tempoh perkenalan dengan seseorang tidak menjamin apa pun.
Doakan yang baik-baik.
Sekadar info, Hajar selamat mendirikan rumah tangga dengan influencer, Azwan Aziz, Sabtu lalu.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Hanif Gohar Rahman di hadapan jurunikah, Syed Abdullah Syed Nordin.
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah Masjid di Kuala Lumpur, Hajar menerima mas kahwin berjumlah RM300, bagaimanapun jumlah hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis penyatuan dua hati itu berlangsung secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat di sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Sumber: Hajar