Isu mengenai harga ikan siakap ‘kayangan’ di Langkawi, Kedah masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Kisahnya bermula, apabila seorang lelaki tampil mendedahkan yang dia dipercayai perlu membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) ketika bercuti. Perkongsian tersebut secara tidak langsung meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang mengecam pemilik restoran berkenaan.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Siakap Langkawi Beri Penjelasan, Dakwa Pemilik Restoran Tak Jujur – ‘Tiada Makluman Langsung Tentang Berat Ikan’
Artikel Berkaitan: Viral Pelanggan Bayar RM1,196, Bagi Seekor Ikan Siakap Di Langkawi, Ini Kisah Sebenar Dikongsi Pemilik Restoran
Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196
Bukan itu sahaja, kedua-dua pihak tampil memberikan penjelasan ‘sebenar’ kepada orang ramai supaya tidak berlakunya salah faham dan timbul persepsi negatif.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Susulan daripada itu, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube tampil menjawab soalan yang diajukan mengenai isu siakap ‘kayangan’. Ujar UAI, konsep jual beli sepatutnya difahami dan pelanggan tidak sepatutnya makan ikan tersebut jika tidak bersetuju dengan saiz ikan yang dihidangkan.
Dia kita pergi makan kita order ikan siakap seekor contoh kerana kita lima orang. Kemudian bila diorang (pelayan) datang bawa besar contohnya 7kg. Asalnya kita jual beli, beli dulu baru makan. Pergi bayar dahulu, dah jadi milik kita baru makan itu konsep asal jual beli.
Mengulas lebih lanjut, UAI turut menjelaskan hukum buat peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.
Jadi kalau kita order makanan, 2kg yang dihantar 10kg jangan makan. Kita pergi makan juga maksudnya kita bersetuju dengan saiz ikan. Pihak orang jual pula ambil kesempatan, orang order 2 ekor dia letak 4 ekor itu semua panggil helah dan helah itu haram. Jangan main-main.
Video penuh:
Sumber: Ustaz Azhar Idrus Official